Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Aliran menyimpang daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu dibanteras - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Aliran menyimpang daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu dibanteras

Aliran menyimpang daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu dibanteras

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi penguatkuasa perlu bertindak serius serta bersepadu bagi menyiasat sekali gus membanteras segala bentuk aliran menyimpang daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas bahawa perkara itu perlu dibendung sehingga ke akar umbi.

Katanya, dalam pertemuan bersama pegawai tertinggi JAKIM hari ini, beberapa perkara melibatkan hal ehwal Islam di negara ini disentuh.

“Intiha (akhir sekali), saya tegaskan bahawa Kerajaan MADANI mengambil serius perkara sebegini yang menyentuh pegangan akidah dan syariat umat Islam di Malaysia,” katanya melalui satu kenyataan di akaun Facebooknya, hari ini.

Katanya, pertemuan itu platform penting dengan mengambil kira perkembangan mutakhir khususnya berkait prospek ekonomi dalam sektor halal di dalam dan luar negara.

“… yang menagih kebersamaan antara agensi persekutuan bagi membantu merancakkan lagi industri halal Malaysia,” katanya.

Dalam kenyataan sama Anwar menitip doa agar ALLAH SWT melindungi rakyat dan negara ini daripada sebarang bahaya serta ancaman yang menyimpang juga boleh merosakkan pegangan sebenar akidah dan syariat.-24/9/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *