Penyanyi Khadijah Ibrahim cedera ringan dalam kemalangan jalanraya di Sabah

Melihat pada keadaan kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang nampak agak teruk tentu ramai yang tertanya bagaimana nasib pemandu dan penumpangnya.
Ini adalah gambar kenderaan itu yang terlibat kemalangan dekat Taman Kinamas, Jalan Beaufort-Kota Kinabalu,Sabah pada jam 5.28 petang Isnin.
Toyota Hilux ini yang dinaiki penyanyi veteran Datuk Khadijah Ibrahim dan dua orang lain bertembung engan sebuah Toyota Avanza di situ.
Bagaimanapun Khadijah, Baharuddin Hassan, 70 dan Kharnita Adrianti Aminudin, 40 hanya mengalami cedera ringan sahaja.
Mereka dapat keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan anggota bomba yang dikejarkan untuk membantu mangsa.
Pemandu dan penumpang kereta Toyota Avanza yang dikenali sebagai Liaw Lee Jin, 30 dan Fong Pak Man, 60 juga dilapor cedera.
Kejadian berlaku semasa Khadijah dalam perjalanan dari Brunei ke Kota Kinabalu.- 30/9/2024