206 akaun milik GISBH dibekukan….

Sebanyak 206 akaun milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) membabitkan nilai keseluruhan kira-kira RM1.4 juta telah dibekukan oleh polis setakat ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan pembekuan itu membabitkan 205 akaun bank bernilai RM1.35 juta serta satu akaun bank bernilai AS$1,344.26 (RM5,688.80).
Menerusi satu kenyataan pada Khamis beliau beritahu tTurut dibekukan adalah 19 hartanah dan 31 kenderaan termasuk bas milik syarikat berkenaan.
Razarudin berkata, polis juga menyita 19 kenderaan dan sebuah lori, pelbagai haiwan dianggarkan bernilai RM230,000, wang tunai RM16,850 serta dua utas jam tangan bernilai RM600.
“Tindakan itu diambil mengikut Seksyen 44(1) dan Seksyen 45(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA),” katanya.
Sebelum ini, dilaporkan sebanyak 153 akaun yang disyaki mempunyai kaitan dengan GISBH dibekukan antaranya 138 akaun bank membabitkan dana berjumlah RM882,795.94 manakala 15 akaun lagi ditutup.- 3/10/2024