Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Tragedi UiTM Dungun: Wanita disyaki langgar pelajar direman empat hari - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / Tragedi UiTM Dungun: Wanita disyaki langgar pelajar direman empat hari

Tragedi UiTM Dungun: Wanita disyaki langgar pelajar direman empat hari

Seorang wanita yang merempuh dua motosikal hingga menyebabkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun malam semalam, direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman hingga Ahad terhadap suspek berusia 49 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman.

Suri rumah yang mempunyai tiga anak dan dipercayai mengalami masalah mental itu tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu pada 9 pagi tadi dalam keadaan seperti terpinga-pinga.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata dalam kejadian pada 7.35 malam tadi, tiga pelajar UiTM Kampus Dungun maut manakala seorang lagi rakan mereka parah selepas dua motosikal yang dinaiki mereka dirempuh suspek yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Pantai, berhadapan UiTM Dungun.

Beliau berkata tiga mangsa yang meninggal dunia adalah Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, dari Muar, Johor; Ku Adib Ku Azmi, 20, dari Sungai Buloh, Selangor; dan Khairil Anwar Jamaludin, 20, dari Ampang, Selangor.

Manakala Muhammad Amar Danish Mohammad Ridhuan, 20, dari Kuala Lumpur cedera di pinggang dan sedang dirawat di Hospital Dungun.

Wan Rukman berkata difahamkan kejadian berlaku ketika keempat-empat mangsa selesai makan malam dan dalam perjalanan pulang ke kampus.

“Siasatan awal mendapati suspek yang dipercayai kurang siuman dan mangsa datang dari arah yang sama iaitu dari Kuala Dungun ke Teluk Gadung.

“Ketika sampai di lokasi kejadian suspek yang berasal dari Kampung Sura Tengah, Dungun melanggar bahagian belakang motosikal mangsa menyebabkan tiga daripadanya meninggal dunia di lokasi kejadian akibat patah tulang leher, cedera di kepala dan dada manakala seorang lagi masih dirawat di Hospital Dungun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *