SPRM temui RM5 juta dipercayai wang rasuah di ‘safehouse’ seorang ahli politik berpengaruh…

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menemui mata wang Singapura SG$1,529,000 atau kira-kira RM5 juta di sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur Sabtu malam yang didakwa dijadikan ‘safehouse’ seorang ahli politik berpengaruh dalam siasatan kes rasuah konsesi perlombongan pasir.
Serbuan itu adalah susulan penahanan dua individu termasuk seorang bekas eksekutif kanan di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) berkait kes rasuah berkenaan.
Difahamkan kedua-dua suspek itu didakwa ada kaitan dengan ahli politik terkenal yang pernah mempunyai pengaruh politik di Selangor.
Susulan penahanan itu, seorang suspek mendedahkan kewujudan ‘safehouse’ yang bertujuan menyimpan wang hasil rasuah milik seorang ahli politik berpengaruh itu.
Pangsapuri dipercayai disewa oleh seorang ahli perniagaan sebagai tempat penyimpanan wang hasil rasuah yang diperoleh.
Wang itu dikatakan disimpan bertujuan untuk kegunaan ahli politik berkenaan bagi aktiviti politiknya.
SPRM telah menyita wang berkenaan siasatan lanjut.
Dipercayai wang itu diberikan oleh seorang individu yang belum dikenal pasti identitinya dan disimpan oleh ahli perniagaan ini atas arahan ahli politik berpengaruh tersebut. – 13/10/2024