Makan malam berdua Anwar – Prabowo menjelang lantikan Presiden Indonesia

Gambar ini menunjukkan betapa rapatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Prabowo Subianto yang rasmi jadi Presiden Indonesia ganti Joko Widodo pada Ahad.
Sejurus tiba di Jakarta lewat petang Sabtu untuk hadiri majlis lantikan Prabowo pada pagi Ahad , Perdana Menteri terus makan malam berdua bersama beliau di kediamanya.
Mereka juga berbual mesra selepas makan malam bersama tanpa kehadiran seorang pun pegawai atau menteri lain.
Menerusi facebooknya Anwar kata,” malam ini langsung ketemu sahabat sejati dan saudara saya Bapak Prabowo Subianto.
“Insya-Allah, kami akan bekerja dengan lebih dekat dalam suasana persahabatan, tidak hanya di peringkat peribadi, tetapi juga di peringkat kenegaraan yang pasti akan memberi manfaat terbaik kepada rakyat kedua-dua negara.”
Majlis lantikan Prabowo sebagai Presiden Indonesia dan Gibran Rakabuming Raka sebagai Naib Presiden akan berlangsung di bangunan Parlimen di Jakarta.- 19/10/2024