Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Ini reaksi Anwar mengenai permohonan maaf Najib pasal IMDB - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Ini reaksi Anwar mengenai permohonan maaf Najib pasal IMDB

Ini reaksi Anwar mengenai permohonan maaf Najib pasal IMDB

Ramai yang tertunggu tunggu untuk mendengar reaksi Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim memngenai kenyataan permohonan maaf daripada bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak kepada rakyat Malaysia berhubung skandal 1MDB.

Ditanya para wartawan mengenai hal berkenaan ketika ditemui selepas solat Jumaat di Putrajaya,beliau kata”terima baik, terima baik.”

Semalam, Najib, dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh anaknya, Datuk Mohamad Nizar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, memohon maaf kerana skandal 1MDB yang berlaku semasa pentadbirannya.

Namun beliau mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

“Setiap hari, saya berasa amat terluka mengetahui segala kecurangan dalam 1MDB berlaku semasa di bawah pengawasan saya sebagai Perdana Menteri dan menteri kewangan.

“Tiada lain yang dapat saya nyatakan selain memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan enam hari sebelum sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan sama ada beliau bersalah atau dibebaskan atas pertuduhan penyelewengan dana 1MDB.- 25/10/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *