Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Tidak boleh keluar simpanan Akaun 1 KWSP untuk tunai haji - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Tidak boleh keluar simpanan Akaun 1 KWSP untuk tunai haji

Tidak boleh keluar simpanan Akaun 1 KWSP untuk tunai haji

Pengeluaran Akaun 1 (Persaraan) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dibenarkan termasuk bagi tujuan menunaikan haji.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata ia susulan kerajaan mahu memastikan ahli mempunyai sekurang-kurangnya sebanyak RM240,000 simpanan asas bagi kelangsungan hidup.

“Pengeluaran haji bagaimanapun boleh dilakukan melalui Akaun Sejahtera yang mula diperkenalkan sejak 2013 bagi ahli beragama Islam di bawah usia 55 tahun dan terpilih untuk mengerjakan ibadah haji oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

“Sejak diperkenalkan, sebanyak 6,070 permohonan pengeluaran haji daripada Akaun Sejahtera diluluskan dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM16.7 juta, bersamaan purata RM2,759 bagi setiap permohonan,” katanya di Dewan Rakyat Isnin.

Namun katanya, pencarum masih boleh mengeluarkan simpanan mereka melalui Akaun 2 (Akaun Sejahtera) dan Akaun 3 (Akaun Fleksibel).

“Meskipun begitu, ahli turut dibenarkan membuat pengeluaran bagi tujuan lain seperti perumahan, insurans hayat dan penyakit kritikal, kesihatan, kesuburan dan umur 50 tahun melalui Akaun Sejahtera.

“Akaun fleksibel turut diwujudkan bagi membolehkan ahli membuat pengeluaran bagi apa-apa tujuan pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Ghani Ahmad (PN – Jerlun) sama ada kerajaan bercadang mengubah dasar membenarkan pekerja yang belum mencapai usia persaraan mengeluarkan Akaun 1 bagi tujuan mengerjakan haji jika pekerja itu sudah terpilih untuk mengerjakan ibadah itu dan jumlah ahli KWSP yang dibenarkan membuat pengeluaran Akaun 2 atau 3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *