TAHUKAH ANDA

Orang kuat Azmin Ali menang Ketua Pemuda Bersatu…

Hilman Idham sejak zaman bergiat aktif dalam PKR dulu lagi dan kemudian setelah menyertai Bersatu dikenali sebagai orang kuat Datuk Seri Azmin Ali.

Adun Perikatan Nasional kawasan Gombak Setia,Selangor pada Selasa sah diumum memenangi jawatan Ketua Pemuda (Armada) Bersatu menewaskan pencabarnya, Akmal Zahin Zainal Zahir.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Abdul Azim Mohd Zabidi, memaklumkan Hilman memperoleh 1,888 undi mengatasi bekas pengerusi tetap Armada dengan hanya 170. Undi yang diperolehi Zahin adalah 1,718.

Azmin bekas Menteri Besar Selangor yang tidak menyertai pemilihan parti Bersatu dijangka akan dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu mengantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang menang tanpa bertanding jawatan Timbalan
Presiden Bersatu.

Bagi jawatan Naib Ketua Armada pula dimenangi oleh Muhammad Faiz Rahmad.

Dia memperolehi 1,790 undi dan mengalahkan Izhar Shah Arif Shah yang mendapat 1,287 undi dan Ad Adib Shaharuddin (490).- 29/10/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button