TAHUKAH ANDA

Dr Ibrahim Saad meninggal dunia…

Tan Sri Dr Ibrahim Saad sudah agak lama menyepi dalam arus perdana politik tanah air.

Pada lewat petang Jumaat tersebar khabar bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada usia 78 tahun.

Ia kemudian disahkan oleh anaknya.

Bekas pensyarah universiti itu mula bergiat aktif dalam politik sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan.

Selepas pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, beliau dilantik menjadi Ketua UMNO bahagian Permatang Pauh.

Beliau juga pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang.

Beliau antara sahabat Anwar Ibrahim yang masih kekal dalam UMNO, tidak menyertai PKR.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan memimpin UMNO Bukit Mertajam.

Jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang disandangnya dari 1990 hingga 1995 semasa beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya.

Allahyarham juga pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan.

Antara jawatan penting lain yang pernah disandangnya ialah Duta Malaysia ke Filipina.- 15/11/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button