TAHUKAH ANDA

BN nak ‘putihkan’ Putrajaya dan Labuan pada PRU 16…

Kerusi parlimen Putrajaya dan Labuan mempunyai ikatan yang istimewa dengan BN.

Putrajaya khususnya ialah pusat pentabiran negara manakala Labuan pula bekas wilayah Sabah yang kini ditabir oleh kerajaan pusat.

Atas sebab itu kekalahan dua kerusi penting ini pada pilihanraya umum ke 15 yang lalu terus menjadi igauan bagi pimpinan BN.

Wilayah Persekutuan semuanya mempunyai 13 kerusi Parlimen. Pada pilihanraya umum lalu, Pakatan Harapan (PH) menang 10 manakala dua lagi Perikatan Nasional (PN) dan BN (satu).

Dua yang dimenangi PN ialah Putrajaya melalui Datuk Dr Radzi Jidin dan Labuan Datuk Suhaily Abdul Rahman.

Kerusi tunggal dimenangi BN ialah Titiwangsa menerusi Datuk Seri Johari Ghani.

Kini BN sudah palu gendang perang dengan tekad dan azam untuk rampas balik dua kerusi penting itu.

Berucap merasmikan Konvensyen BN WP di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur petang Ahad Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kata BN mensasarkan untuk bertanding lima kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan pada PRU 16.

Katanya BN bukan sekadar perlu pertahankan Titiwangsa tetapi juga putihkan Putrajaya dan Labuan.

Johari yang juga Naib Presiden UMNO dan Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dalam ucapan beliau yakin BN akan kembali memerintah dengan cemerlang sekiranya semua ahli termasuk parti komponen bersatu hati untuk meraih kejayaan.

Katanya, BN perlu menyusun strategi bukan sahaja bagi mempertahankan kerusi dimenangi tetapi merampas kawasan dikuasai pembangkang.

Justeru itu beliau mahu kepimpinan BN untuk meletakkan strategi bagi memenangi semula dua kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya dan Labuan yang dimenangi Perikatan Nasional (PN).

“Saya nak minta kepada Pengerusi BN iaitu dua kawasan Labuan dan Putrajaya kita pernah menang untuk book (tempah) awal untuk BN bertanding dan mempertahankan.

“Yang lain, terserah kepada budi bicara Pengerusi BN untuk memikirkan bagaimana dapat bersama dalam Kerajaan Perpaduan khususnya dalam konteks lebih besar,” katanya.- 24/11/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button