Thursday - 5, December 2024

Itu biasa politik, saya tidak risau…

Share

Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai ia cuma satu mainan politik biasa mengenai usaha pihak pembangkang untuk menarik keluar Barisan Nasional dari gabungan kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri menegaskan beliau tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pasal cubaan itu.

Beliau sebaliknya yakin dengan keutuhan gabungan kerajaan yang diketuainya.

Katanya gabungan itu adalah kuat dan bulat dengan sokongan daripada parti-parti politik utama termasuk Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Itu biasa politik, saya tidak risau,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Diaspora Malaysia di Seoul,Republik Korea pada Isnin.

Ketika berucap sempena Konvensyen BN Wilayah Persekutuan, di Kuala LUmpur semalam Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mendakwa terdapat usaha untuk menarik BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan DAN seterusnya mengangkat individu daripada BN sebagai Perdana Menteri.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pelbagai usaha dilakukan pembangkang untuk menjadi kerajaan semula.

“Minggu lalu, ada Ahli Parlimen mereka datang berjumpa dengan saya dan menawarkan sesuatu iaitu mahu membentuk kerajaan baharu di bawah panji-panji Kerajaan Perpaduan. Mereka mahu masuk semula (kerajaan) dan minta (diberikan jawatan) empat menteri.

“Ada juga yang tawarkan kononnya mahu menggantikan kerajaan sedia ada dan melontarkan (menjadikan) kita (pemimpin daripada BN) sebagai Perdana Menteri.

“Tapi saya secara tegas cakap jangan buang masa dan marilah kita perkukuhkan Kerajaan Perpaduan sedia ada,” katanya.

Anwar berkata “tetapi menariknya Ahmad Zahid diserang hari-hari dan saya diserang kerana kekalkan dia. Orang menyerang dia bukan sebab kes dia. (Pembangkang) menyerang dia kerana dia (Ahmad Zahid) tidak mahu bersekongkol dengan mereka.

“Kalau dia memilih untuk menyertai pembangkang, maka semua kesalahan akan dipadamkan. Apabila saya melihat itu, saya nyata bahawa orang ini (pembangkang) bukannya peduli mengenai kes yang disebutkan,” katanya.

Dalam ucapan sama, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menegaskan, tidak akan masuk campur sebarang urusan siasatan, pendakwaan dan prosiding di mahkamah.

“Ada orang tanya, mengapa tidak campur (tangan) kes baru-baru ini mengenai dakwaan rasuah? Mengapa Anwar tidak ambil tindakan tegas? Saya hanya boleh sebut siasat. Ada kes, maka siasat.

“Saya tidak boleh campur siasatan. Saya tidak boleh masuk campur soal pendakwaan dan jatuhkan hukuman dengan bisik kepada hakim untuk jatuhkan hukuman.

“Kalau saya buat begitu, saya tidak belajar daripada pengalaman lalu. Saya tahu benar, apabila ada orang masuk campur (urusan mahkamah) jahanam negeri ini,” ujarnya.- 25/11/2024

Read more

khabar terbaru