Monday - 14, July 2025

RM254.7 billion pelaburan diluluskan, 4,753 projek, 159,347 pekerjaan baharu… – MIDA

Share

Dalam sembilan bulan pertama 2024, Malaysia telah meluluskan RM254.7 bilion pelaburan peningkatan 10.7 peratus daripada tahun sebelumnya, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Agensi itu berkata prestasi kukuh itu mencerminkan momentum ekonomi Malaysia yang mampan, didorong oleh sektor perkhidmatan, pembuatan dan utama.

“Sebanyak 4,753 projek baharu telah diluluskan dalam tempoh ini, dijangka mewujudkan 159,347 pekerjaan baharu untuk rakyat Malaysia.

“Prestasi kukuh ini menggariskan daya tarikan berterusan Malaysia kepada pelabur, walaupun berdepan ancaman ketidaktentuan global,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perkara tersebut melalui hantaran menggunakan aplikasi X.

Menurutnya, beliau diberitahu perkara tersebut Ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bilangan 8 2024 terkait soal prestasi pelaburan negara.

Beliau berkata, MPN turut bersetuju dan mengesahkan Garis Panduan bagi Pembangunan Pusat Data Mampan yang mengandungi metrik kecekapan Keberkesanan Penggunaan Tenaga (PUE) dan Keberkesanan Penggunaan Air (WUE).

Katanya, garis panduan ini akan diguna pakai sebagai syarat kelayakan insentif cukai bawah Skim Pecutan Ekosistem Digital (DESAC) yang juga inisiatif penambahbaikan polisi terkait usaha memacu pelaburan pusat data.

“Kerajaan Madani berterusan menambah baik dasar sedia ada dan mewujudkan dasar baharu sebagai langkah meningkatkan daya saing negara.”-11/12/2024

Read more

khabar terbaru