Monday - 6, January 2025

Lagi kisah Tengku Zafrul ‘minta cerai’….

Share

Kalau ambil contoh sebuah rumahtangga…Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sekarang ini ibarat seorang isteri yang minta cerai dari suaminya kerana ingin bersama lelaki lain yang mencuri hatinya.

Sang isteri itu mesti ada sebab tersendiri merasa suaminya sudah tidak sesuai dengannya untuk duduk di bawah satu bumbung lagi.

Sebagai orang besar dalam UMNO sekarang Tengku Zafrul pasti ada sebab yang beliau pendam lama hingga terdorong merisik khabar untuk masuk PKR pula.

Dalam bahasa mudah beliau sudah tawar hati dengan UMNO.

Selain berjawatan menteri,beliau adalah Ahli Majlis Tettingggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja di Klang.

Dari kenyataan yang diberikan semalam,Ahad mengenai polimek nak keluar UMNO untuk masuk PKR jelas sekali beliau sudah merasa tidak serasi dengan parti naungannya sekarang.

Tafsiran apa lagi yang boleh dibuat bila beliau ungkit balik kisah letak jawatan Bendahari UMNO Selangor pada 1 April 2024 kerana tidak puashti dengan prestasi UMNO Selangor setelah tewas teruk dalam pilihanraya negeri itu.

“Tetapi malangnya perkara ini masih membelenggu UMNO Selangor,” katanya dalam kenyataan itu.

Tengku Zafrul mengambarkan beliau meninggalkan dunia korporat untuk menyertai kerajaan supaya dapat berkhidmat kepada rakyat dan menyumbang kepada pembangunan negara tanpa politiking yang remeh dan tidak sihat.

“Ini termasuk serangan belakang tabir tanpa asas, agenda cah keting dan sebagainya, terutama sekali kerana saya yakin apa yang rakyat mahu bukan politik ekstrem, tetapi usaha kita semua untuk membina rakyat dan negara.” katanya.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) percaya menjadi hak individu untuk memilih landasan perjuangan kerana ia adalah hak asasi dan mutlak.

Katanya, tanpa keserasian mustahil untuk seseorang individu itu untuk memberi perkhidmatan yang terbaik.

Ada juga kalangan pemerhati politik menilai UMNO tidak rugi apa sekiranya Tengku Zafrul masuk PKR.

Ini kerana beliau adalah seorang Senator lantikan dan bukan pemegang sebuah kawasan Parlimen yang dimenangi dalam pilihanraya umum.

Jadi beliau tidak bawa ‘angka’ dalam pembentukan kerajaan.

Apapun bekas CEO CIMB Bank ini juga dilihat seorang menteri yang berprestasi dan membawa imej ‘orang baik baik’.

Ini yang mungkin membuat UMNO hilang markah politik pada persepsi dan kaca mata orang ramai.

Sekalipun Tengku Zafrul kata beliau belum membuat sebarang keputusan lagi tentu ramai yang akan bertanya apa masalah dengan UMNO hingga orang seperti ini nak ucap selamat tinggal.

Dalam pada itu ia mungkin mencetuskan suasana tidak selesa dalam hubungan antara UMNO dan PKR jika beliau diterima masuk ke dalam parti itu.

Ini mengingatkan kepada kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi,Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajidi Dasuki dan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh yang bantah tindak tanduk lompat parti antara parti gabungan kerajaan perpaduan.

Misalnya UMNO Selangor jelas terkilan dan tidak senang dengan langkah Tengku Zafrul.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Mohd Zaidi Md Zain dalam reaksinya dilaporkan mendakwa Zafrul tidak mempunyai pendirian kecuali memikirkan kepentingan dirinya semata-mata.

“Apa yang dikisahkan Tengku Zafrul ialah hanya tentang dirinya yang telah meninggalkan dunia korporat dan kononnya untuk menjadi sebagai anggota pentadbiran kerajaan.

“Maka dalam keadaan apa sekali pun, bukan soal kesetiaan kepada mana-mana parti tetapi yang penting ialah selagi mana ada ruang dan peluang untuk ‘berperanan’ maka beliau akan hinggap di situ,” katanya.

Mohd Zaidi tidak terkejut apabila Tengku Zafrul memperli orang politik yang bercakap tentang kesetiaan sebagai seorang anggota parti sebagai bermain politik remeh, tidak sihat, ‘cah keting’, ekstrem dan sebagainya.

“Ini kerana beliau tidak nampak bahawa negeri mahu pun negara ini terbina berasaskan sebuah parti politik teguh dan kukuh diperjuangkan ahli yang setia serta sayang kepada parti masing-masing.

“UMNO Selangor memberikan peluang kepada beliau untuk bertanding di peringkat Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 atas dasar sebagai ahli Umno dengan sokongan dan dukungan penuh Umno Selangor.

“Bahkan ia dilanjutkan dengan pengorbanan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO kawasan itu memberikan laluan mudah kepada Tengku Zafrul sebagai ketua bahagian sehinggalah diberikan kepercayaan menjadi Bendahari Umno Selangor.

“Adakah semua ini ada unsur-unsur tidak sihat dan cah keting terhadap beliau,” soalnya.

Namun agak menarik untuk ikuti komenter Ahli Majlis Tetinggi UMNO Datuk Dr Puad Zarkashi yang dikenali cukup lazer dan selalu cakap lepas dalam beri pandangan.

Beliau nampaknya mengambil sikap realistik dalam soal ini sekalipun ada juga nada sindiran.

Kata Puad menerusi facebooknya ” Betul cakap Tengku Zafrul. Hak dia untuk tentukan parti mana dia mahu sertai. Ahli UMNO setakat boleh marah tetapi tidak boleh buat apa apa.

“Kalau betul Tengku Zafrul sertai PKR, yang patut kena marah ialah PKR. Parti itu ada kuasa untuk tolak jika ia ada moral untuk jaga hati kawan apa lagi setiakawan kerajaan perpaduan.

“Mesti ada sebab musabab luar biasa kenapa Tengku Zafrul laku macam pisang goreng panas.

“Sekarang parti politik macam syarikat koporat. Ada orang bertaraf CEO yang laku pergi ke mana mana parti politik.

“Tidak mungkin sebab musabab itu ada unsur titah adendum yang PKR tidak boleh engkari?” – 16/12/2024

Read more

khabar terbaru