Monday - 6, January 2025

Musa Aman dilantik TYT Sabah

Share

Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 berkuat kuasa 1 Januari 2025.

Beliau menggantikan Tun Juhar Mahiruddin sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Tun Juhar akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember ini selepas memegang jawatan berkenaan sejak 2011, menjadikannya TYT paling lama berkhidmat setakat ini.

Musa menjadi Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi Selasa.

Sebelum ini, nama Musa disebut-sebut sebagai bakal TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baharu menggantikan Tun Juhar yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember ini selepas memegang jawatan berkenaan sejak 2011.

Selain beliau, beberapa nama turut dispekulasi atau dicadang sebagai bakal TYT baharu Sabah, termasuk bekas Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Richard Malanjum.

Sementara itu, Tun Juhar menjadi TYT paling lama berkhidmat, iaitu 13 tahun selepas dilantik ke jawatan tertinggi Sabah itu pada 1 Januari 2011.

Beliau juga adalah TYT pertama yang memegang jawatan itu lebih dua penggal berbanding TYT sebelumnya yang hanya dibenarkan berkhidmat dua penggal atau lapan tahun.

Ia selepas pindaan Perlembagaan Negeri Sabah yang dibuat ketika pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Parti Warisan pada 2018 berhubung tempoh penggal perkhidmatan TYT.-17/12/2024

Read more

khabar terbaru