Monday - 6, January 2025

Prestasi kewangan MCMC meningkat…tempoh khidmat Salim Fatih Din sebagai Pengerusi dilanjut dua tahun lagi

Share

Tahukah anda Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menunjukkan prestasi kewangan terbaik sehingga kini malah pada 2023 suruhanjaya itu merekodkan pendapatan bersih sebanyak RM1.13 bilion.

Ini adalah hasil kepimpinan Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din selaku Pengerusi MCMC sejak dilantik ke jawatan itu pada 1 Mac 2023.

Ekoran kejayaan ini Kementerian Komunikasi telah melanjutkan khidmat beliau bagi tempoh dua tahun lagi berkuatkuasa mulai 1 Mac ini.

Lanjutan tempoh jawatan Salim, yang dijangka tamat pada 28 Februari ini, dibuat oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil semalam,Isnin.

Beliau pertama kali memegang jawatan berkenaan pada 1 Mac 2023.Sebelum itu Salim adalah Ahli Lembaga MCMC dan Pengerusi Interim mulai Jun 2022 hingga Disember 2022.

Kejayaan MCMC merekodkan pendapatan bersih sebanyak RM1.13 bilion pada 2023 merupakan peningkatan sebanyak 38% daripada RM820.6 juta pada 2022.

Perbelanjaan operasi juga berkurang dengan ketara, menurun sebanyak 21% daripada RM524.8 juta pada 2022 kepada RM412.7 juta tahun lepas, menunjukkan pengurusan sumber yang lebih cekap.

MCMC, di bawah bimbingan Salim, juga menjalankan perjanjian strategik dengan syarikat-syarikat seperti Korea Internet and Security Agency, Blackberry Limited dan Microsoft Malaysia.

Usaha kerjasama ini bertujuan antara lain, untuk memperkukuh pembangunan dalam landskap keselamatan siber dan kecerdasan buatan Malaysia.

Sebelum pelantikannya sebagai pengerusi MCMC, Salim, 65, juga merupakan ahli panel perundingan dan pencegahan rasuah di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Naib Pengerusi Eksekutif Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Beliau juga merupakan pengasas kumpulan Gapurna Sdn Bhd sebelum berkhidmat di MRCB, pernah memegang jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif di Giant Malaysia dan British American Tobacco (Malaysia) Bhd, serta pernah mempengerusikan Majlis Perniagaan Malaysia-Pakistan.

Pada bulan November, Salim dilantik sebagai profesor adjung di Universiti Multimedia untuk tempoh dua tahun, menonjolkan pengalaman luasnya serta sumbangan pentingnya kepada sektor komunikasi dan multimedia. – 17/12/2024

Read more

khabar terbaru