Amanah Perdana Menteri sempena Tahun Baharu 9 malam ini

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu yang boleh diikuti menerusi semua saluran media tempatan dan platform media sosial pada pukul 9 malam ini.

“Insya-Allah, saya akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu untuk menyoroti usaha dan pencapaian sepanjang tahun ini, di samping menggariskan matlamat serta hala tuju negara bagi tahun 2025.

“Semoga usaha dan khidmat yang direncana ini akan terus melimpahkan rahmat kepada rakyat dan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.-31/12/2024

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.