Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Pegawai awam dilarang beri kenyataan memburukkan nama kerajaan – KSN - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / Pegawai awam dilarang beri kenyataan memburukkan nama kerajaan – KSN

Pegawai awam dilarang beri kenyataan memburukkan nama kerajaan – KSN

Semua pegawai awam dinasihat tidak mengeluarkan kenyataan awam, kecuali yang telah diberi kuasa atau mandat untuk berbuat demikian bagi pihak kementerian atau jabatan.

Semua pegawai awam dinasihat tidak mengeluarkan kenyataan awam kecuali yang diberi kuasa atau mandat.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, menegaskan larangan ini dalam Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perdana Menteri 2024.
Pelanggaran peraturan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Menerusi kenyataan di media sosial Kementerian Kesihatan (KKM), Shamsul Azri mengingatkan perkara itu ketika Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perdana Menteri 2024.

“Pegawai awam tidak boleh secara lisan atau bertulis membuat pernyataan awam yang boleh memudaratkan dasar, rancangan atau keputusan kerajaan tentang apa-apa isu, memalukan atau memburukkan nama kerajaan.

“Larangan berkaitan perkara ini dinyatakan secara jelas dalam Peraturan 19 (1) dan 19 (2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” ujar Shamsul.

Tegasnya, jika terdapat kesalahan atau pelanggaran terhadap peraturan yang sedang berkuat kuasa, tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada mereka yang terlibat.-31/12/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *