Saturday - 12, July 2025

Rafizi hargai kurniaan SSNS dari Yang Dipertuan Besar NS yang bawa gelaran ‘Datuk Seri’

Share

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menjadi fokus media pada Selasa gara gara kini sudah bergelar ‘Datuk Seri’.

Beliau menerima anugerah Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran itu.

Ahli Parlimen Pandan,Selangor itu mendahului senarai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kerajaan Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Sementara itu menerusi hantaran di Facebook Rafizi Ramli kata amat menghargai kurniaan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.

Beliau juga berikrar akan berpegang kepada amanah dan tekad untuk terus berbakti kepada rakyat serta negara.- 14/1/2025

Read more

khabar terbaru