Thursday - 1, May 2025

Isu ‘ham’…”tolong simpan sedikit kebodohan kamu tu” kata Akmal pada Nga Kor Ming

Share

Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh telah buka Oxford Learners’s Dictionary untuk berentap dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari DAP Nga Kor Ming mengenai maksud sebenar ‘ham’.

Katanya ikut kamus berkenaan ‘ham’ bermaksud daging yang datangnya dari babi dan bukannya proses pembuatan makanan seperti didakwa menteri itu.

Nga dalam satu hantaran di X, kata ‘ham’ hanya merujuk kepada daging yang telah diawet.

Beliau membidas pihak yang didakwa mensensasikan isu sandwic ham yang dijual di KK Mart di kampus Universiti Malaya (UM) dengan menggunakan logo halal palsu.

“Kita ada ham ayam belanda dan ham ayam, yang sesuai untuk dimakan. Begitu juga dengan root beer, yang dibuat daripada akar sassafras yang tidak mengandungi alkohol dan baik untuk diminum.

“Menjadikan perkara ini sebagai isu hanya menunjukkan siapa sebenarnya yang bodoh,” tulisnya.

Akmal meminta Nga memahami maksud sebenar ‘ham’ sebelum membuat kenyataan yang melulu.

“Bila ada menteri beritahu ‘ham’ bermaksud proses untuk membuat makanan, maka saya sertakan sekali di sini apakah maksud ham dari Oxford Learners’s Dictionary. Ham bermaksud daging yang datangnya dari babi.

“Jika daging itu datangnya dari sumber selain dari babi, ia mesti disertakan sumbernya di depan dahulu. Seperti daging lembu, maka ia disebut ‘beef ham’, jika daging ayam, maka ia disebut ‘chicken ham’,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Rabu.

“Jika ada beranggapan sama jer ham,maka jawapannya tidak,kerana ia seperti contoh nama nga kor chong dan nga kor meng walaupun nama di depan sama,tetapi orangnya berbeza.

“Sebab itu dalam sop yang dikeluarkan oleh JAKIM untuk permohonan halal,mana2 makanan yang namanya seperti makanan yang tidak halal seperti ham,tidak boleh diberikan sijil halal,tetapi kalau chicken ham,beef ham dibenarkan untuk tujuan mengelakkan kekeliruan.

“Ham bukan bermaksud proses untuk buat makanan ya,kalau tak faham tanya pegawai atau boleh buka kamus.

“Tolong simpan sedikit kebodohan kamu tu!,”kata Akmal.- 15/1/2025

Read more

khabar terbaru