Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Inflasi Malaysia merendah, tapi kos makanan, minuman kekal tinggi – Data DOSM - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Inflasi Malaysia merendah, tapi kos makanan, minuman kekal tinggi – Data DOSM

Inflasi Malaysia merendah, tapi kos makanan, minuman kekal tinggi – Data DOSM

Paras inflasi Malaysia terus merendah apabila merekodkan kadar 1.7 peratus pada Disember 2024, menurut data terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Penurunan ini didorong oleh kenaikan kos yang lebih perlahan dalam beberapa segmen ekonomi utama. Antaranya, kategori Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial dan Pelbagai Khidmat meningkat 3.2 peratus, diikuti oleh Rekreasi, Sukan dan Kebudayaan (1.7 peratus), Kesihatan (1.1 peratus), serta Barangan Kediaman (0.4 peratus).

Bagaimanapun, segmen Restoran dan Penginapan mencatat kenaikan sebanyak 2.9 peratus dan 2.7 peratus masing-masing, sementara Maklumat dan Komunikasi mengalami penurunan inflasi sebanyak 5.4 peratus.

Kebanyakan negeri mencatat kadar inflasi di bawah paras nasional 1.7 peratus.

Namun, kategori Makanan dan Minuman masih menunjukkan peningkatan di semua negeri. Selangor merekodkan kadar tertinggi dengan 4.1 peratus, diikuti oleh Kuala Lumpur (3.1 peratus), Johor (3.0 peratus), Terengganu (2.9 peratus), dan Putrajaya (2.9 peratus).

Secara keseluruhan, kadar inflasi bagi tahun 2024 berada pada 1.8%, menurun berbanding 3.3% pada tahun 2022.

Ini menandakan dua tahun berturut-turut penurunan inflasi, menunjukkan bahawa tekanan kos di Malaysia masih terkawal meskipun terdapat cabaran dalam beberapa sektor ekonomi.

Malaysia masih mencatat kadar inflasi yang lebih rendah berbanding Vietnam (2.9 peratus), Filipina (2.9 peratus) dan Republik Korea (1.9 peratus). Namun, kadar inflasi negara ini masih lebih tinggi berbanding Indonesia (1.6 peratus) dan Thailand (1.2 peratus).

Penurunan kadar inflasi ini memberi gambaran positif kepada kestabilan ekonomi negara, meskipun perlu terus dipantau bagi memastikan kos sara hidup rakyat kekal terkawal.-23/1/2025 OLEH AHMAD SAUQI ABDUL RAZAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *