FOKUS

Khabar gembira untuk Tahun Baru Cina…potongan tol 50 peratus

Baru Selasa lalu kita dapat khabar pemberian tol percuma musim perayaan sudah berkhir…namun hari ini kerajaan buat sikit U-Turn.

Lima hari menjelang Tahun Baru Cina, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi umum menerusi satu kenyataan kerajaan bersetuju memberikan potongan tol 50 peratus.

Ia akan dilaksanakan bermula pukul 12.01 tengah malam pada 27 Januari 2025 dan berakhir pada pukul 11.59 malam 28 Januari 2025.

Beliau memberitahu potongan diberikan untuk kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol kecuali di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

Katanya keputusan itu dibuat dalam mesyuarat kabinet hari ini.

Alexander menjelaskan pengumuman beliau sebelum ini berkenaan pemberian tol percuma musim perayaan yang sepatutnya berakhir pada perayaan Krismas 2024 adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 20 Disember 2024.

Implikasi kewangan yang ditanggung kerajaan bagi membayar balik pampasan kepada syarikat konsesi tol dianggarkan berjumlah RM20.08juta.

Beliau berharap pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan pengurangan kadar tol ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan dengan sewajarnya.

Pada Selasa lalu Alexander beritahu pemberian tol percuma musim perayaan sudah berakhir.- 24/1/2025

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button