Home TAHUKAH ANDA Kementerian Komunikasi rangka persiapan RMK13

Kementerian Komunikasi rangka persiapan RMK13

0
Kementerian Komunikasi rangka persiapan RMK13

Kementerian Komunikasi sedang merangka persiapan untuk menghadapi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bermula tahun ini hingga 2030.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata beliau menekankan beberapa perkara, termasuklah cabaran dihadapi industri kreatif terutama perfileman yang mengalami perubahan drastik.

“Jadi ada beberapa perkara yang saya minta diberi penekanan termasuk mungkin perlu ada penstrukturan, perlu ada reformasi kepada institusi sebab kita lihat beberapa industri seperti perfileman ataupun ekonomi kreatif, dia cepat berubah.

“Organisasi perlu bersedia untuk menghadapi perubahan-perubahan seperti ini dengan memanfaatkan teknologi (seperti) kecerdasan buatan (AI) dan sebagainya,” katanya dipetik Bernama.

Ditanya mengenai Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun ini, Fahmi berkata kementeriannya akan memainkan peranan dalam menjelaskan kepada rakyat mengenai sumbangan negara dalam pelbagai bidang.

“Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Jabatan Penyiaran akan memainkan peranan untuk menjadi penyelaras media rasmi dan juga penyiar rasmi untuk ASEAN.

“Bagi agensi-agensi yang lain, mereka ditugaskan untuk membantu memahamkan, menjelaskan kepada rakyat tentang pencapaian, hasil dan juga isu-isu yang dibangkit, dibincangkan dan diputuskan melalui pelbagai mesyuarat dan pertemuan serta sidang kemuncak ASEAN nanti,” katanya.-25/1/2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here