FOKUS

Gara gara rancak modelling dengan Bella Astillah…Ahli Parlimen DAP sound Syed Saddiq

Patut ke tidak?…ini al-kisah polimek yang melanda Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Apa lagi kalau bukan gara gara kebelakangan ini beliau rancak bukan main modelling berpasangan dengan Bella Astillah yakni bekas isteri penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Ahli Parlimen DAP Kawasan Bukit Bendera,Pulau Pinang Syerleena Abdul Rashid merasa aktiviti yang tidak ada kaitan dengan tugas seorang wakil rakyat itu sudah ‘agak keterlaluan’.

Aksi kedua mereka mengayakan pakaian tujuan promosi baju melayu dan fesyen tradisional untuk sebuah syarikat memang telah mencuri perhatian ramai.

Mungkin ia cuma lakonan saja…namun zahirnya mereka kelihatan sangat intim dan cukup mesra.

Terbaru Syed Saddiq dan Bella telah mendaki hingga ke puncak Gunung Kinabalu dalam program promosi pakaian itu.

Jadi tidak menghairankan ia telah mendorong munculnya segala macam gossip.

Antara paling hangat tentunya usaha jodohkan mereka.

Syerleena nampak seolah merasa ada yang foul dari segi etika tugas seorang YB dalam hal ini.

Baginya ia tidak kena dengan identiti Syed Saddiq sebagai seorang Ahli Parlimen.

“Kita kena tunjuk teladan yang baik kepada anak muda menerusi media sosial.Kita ini dibayar gaji yang tinggi untuk all out bantu rakyat di kawasan bukan ambil kesempatan guna jawatan untuk dekati golongan tertentu,”katanya.

Syed Saddiq yang masuk penggal kedua sebagai Ahli Parlimen Muar pernah jadi Menteri Belia dan Sukan selepas pilihanraya umum ke Mei 2018.

Beliau sebelum ini mengetuai parti MUDA namun melepaskan jawatan itu kerana kes mahkamahnya.

Menerusi teguran terbuka melalui akaun tik toknya Syerleena mendesak agar Syed Saddiq kembali fokus ke tugas hakikinya menjaga kawasan yang diwakilinya.

Sehingga berita ini ditulis Ahad malam…video tik tok syerleena_rashid berdurasi 1.11 minit itu yang baru sehari dimuatnaik itu telah mendapat lebih 480,000 tontonan.

Katanya sebagai seorang kakak beliau nasihatkan jika rasa tidak mampu galas tugas itu eloklah serah jawatan kepada orang lain.”Kita biar rakyat pilih yang baru”

Syerleena juga secara sinis bertanya “apa cerita di parlimen Muar…tak kan tak ada isu kot?”.

Apapun dari lebih 2,500 komen pada video teguran Syerleena itu nampaknya ramai menyokong Syed Saddiq.

Malah sebilangan anggap tidak salah beliau jadi model untuk cari pendapatan sampingan kerana Ahli Parlimen pembangkang tidak ada peruntukkan.- OLEH HIEKAL ROSLI 27/1/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button