Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Chatbot Sebenarnya.my inisiatif cegah berita palsu - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / Chatbot Sebenarnya.my inisiatif cegah berita palsu

Chatbot Sebenarnya.my inisiatif cegah berita palsu

Pelancaran Chatbot Sebenarnya.my atau dikenali sebagai Artificial Intelligence Fact-check Assistant (AIFA) pada Selasa merupakan inisiatif yang baik oleh Kementerian Komunikasi untuk mencegah penyebaran berita palsu dan maklumat tidak tepat.

Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi berkata ia adalah usaha yang telah lama dinantikan memandangkan penyebaran maklumat tidak tepat berleluasa menerusi pelbagai platform media sosial serta aplikasi seperti WhatsApp.

“Melalui Chatbot ini, pengguna dapat menyemak fakta dengan lebih mudah khususnya golongan warga emas yang sering menerima pelbagai mesej melalui WhatsApp.

“Langkah ini penting kerana sebahagian besar rakyat Malaysia belum mempunyai literasi media atau digital yang mencukupi untuk melindungi diri daripada penipuan,” katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata maklumat tidak tepat bukan sahaja mengakibatkan ketidaktenteraman dalam masyarakat majmuk di Malaysia, tetapi juga sering merugikan pengguna dari segi kewangan.

Berdasarkan jumlah kerugian sebanyak RM54.4 bilion direkodkan dalam kes penipuan pada 2024, Wong berkata inilah masanya untuk menggalakkan rakyat agar sentiasa menyemak dan menilai kesahihan maklumat yang diterima menerusi media sosial.

Selain itu, katanya Chatbot Sebenarnya.my juga memudahkan akses kepada pangkalan data kes penipuan dan fakta, sekali gus membantu meningkatkan kesedaran dan membendung penyebaran maklumat tidak tepat.

Chatbot Sebenarnya.my yang diterajui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merupakan platform mesra pengguna dan boleh diakses 24 jam menerusi portal https://sebenarnya.my/ dan platform WhatsApp (menerusi talian 03-8688 7997) yang dibangunkan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada majlis pelancaran hari ini berkata AIFA berperanan meningkatkan fungsi portal Sebenarnya.my dengan tiga objektif utama.

Ia membantu rakyat menyemak dan mendapatkan maklumat sahih secara cepat dan mudah, mempercepat maklum balas terhadap maklumat tidak sahih dalam talian dan memperkukuh peranan Sebenarnya.my dalam menangani penyebaran maklumat palsu di Malaysia.-29/1/2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *