Wednesday - 5, February 2025

Laksanakan semula GST pada kadar 2 peratus – CEO MRANTI

Share

Kerajaan disaran mempertimbangkan untuk melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar dua peratus, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MRANTI Corporation Sdn Bhd, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff.

Beliau berkata, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.

“GST adalah satu sistem cukai efisien. Mungkin boleh dimulakan dengan dua peratus.

“Jika kita lihat kepada kedai-kedai, restoran, syarikat, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), mereka semua mempunyai infrastruktur… tinggal lagi sekarang ini ‘zero rated’ (kadar cukai sifar peratus).

“Seandainya kerajaan memperkenalkan GST dalam dua peratus, seterusnya membina daripada itu, pada masa sama, kita mesti memastikan tiada lagi ketirisan dalam perbelanjaan dan Insya-Allah ini mungkin adalah salah satu sistem lebih cekap,” katanya dalam Program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk ‘Ekonomi Madani: Penstrukturan Ekonomi dan Peningkatan Kualiti Hidup Rakyat’.

Kerajaan juga harus memastikan bayar balik atau tuntutan balik perlu dipercepatkan, katanya.

Malaysia pernah melaksanakan cukai GST pada 1 April, 2015.-1/2/2025

Read more

khabar terbaru