Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Malaysia usaha adakan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Malaysia usaha adakan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS

Malaysia usaha adakan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS

Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat (AS) akan diadakan sama ada di Malaysia atau AS, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata perkara itu telah dipersetujui pada peringkat Menteri-Menteri Luar ASEAN bagi memastikan ASEAN tidak dilihat condong ke mana-mana negara.

“Kita cuba mengimbangkan supaya tak condong kepada mana-mana kerana kita sudah ada Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China … jadi, ASEAN akan terus memacu hala tuju sebagai ASEAN yang bersepadu dan terus berkecuali serta tidak memihak mana-mana.

“Pada (sidang kemuncak khas) itu nanti kita nyatakan wish list kita dan kita dengar wish list mereka (AS) kerana berurusan dengan orang seperti ini (Presiden AS Donald Trump), beliau nak dengar apa kita ada,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat Rabu.

Bernama melaporkan Mohamad berkata Malaysia bukan sahaja harus berhati-hati mengurus dasar luar dan hubungan dua hala, tetapi juga perlu berwaspada dalam menguruskan hubungan perdagangan agar ekonomi negara tidak terjejas.

Justeru, beliau berkata Malaysia tidak boleh menidakkan hubungan baik dengan AS selama ini yang merupakan pelabur terbesar di negara ini secara kumulatif.

“Perkara ini sedang dilakukan Kementerian Luar untuk uruskan secara teratur kerana jumlah dagangan Malaysia-AS adalah sebanyak RM324 bilion untuk 2024 dan ia merupakan jumlah dagangan amat besar.

“Dari segi siapa dapat keuntungan daripada RM324 bilion itu, Malaysia eksport RM198 bilion kepada AS dan kita import RM126 bilion, jadi lebihan dagangan RM70 bilion berpihak kepada kita,” katanya.

Bagaimanapun, Mohamad berkata teras dasar luar negara ialah berprinsip dengan Malaysia tidak akan menyokong, sebaliknya mengutuk negara yang mengamalkan dasar aparteid, dasar yang melakukan genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan.-20/2/2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *