Monday - 21, April 2025

Jemaah menteri sekali lagi ‘berkampong’ untuk buka ruang sinergi dikalangan mereka….

Share

Barisan Jemaah Menteri sekali lagi berkampong bertujuan memastikan kesinambungan perancangan yang diatur bergerak lancar bagi mencorak hala tuju negara dengan penuh berhemah dan bijaksana.

Pemukiman Kerajaan MADANI 2025 selama dua hari bermula petang Jumaat berlangsung dekat Bangi, Selangor.

Menerusi hantaran di laman facebooknya,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kata ,”platform ini membuka ruang sinergi dalam kalangan Jemaah Menteri bagi bersama-sama menambah baik, mengutarakan idea lebih segar dan merangka prakarsa (inisiatif) lebih strategik, terutama kesejahteraan rakyat dan kemajuan ekonomi negara.”

Beliau menegaskan keperluan kesatuan dan kebersamaan yang kuat dalam kalangan Jemaah Menteri, sekali gus berfungsi sebagai kerajaan MADANI yang benar-benar mengangkat suara serta kehendak rakyat.

“Marcapada hari ini termasuk situasi geopolitik dan teknologi, menuntut mana-mana kerajaan untuk bergerak pantas dan berubah agar terus kekal relevan dan berfungsi dengan baik kepada seluruh lapisan masyarakat,” katanya.

Serentak dengan itu Jemaah Menteri diingatkan supaya menerima kritikan dengan hati terbuka dan memperbaiki kelompangan yang ada.- 22/2/2025

Read more

khabar terbaru