Monday - 21, April 2025

Wartawan Malaysiakini ditahan SPRM dalam ‘kes perangkap’ terima rasuah RM20,000

Share

Arena media negara ini telah dikejutkan dengan penahanan wartawan portal berita Malaysiakini.com, B Nantha Kumar atas dakwaan meminta rasuah RM100,000 dari ejen yang berurusan dengan pekerja asing.

Dia yang akhirnya bersetuju jumlah wang dikurangkan kepada RM20,000 ditahan dalam ‘perangkap SPRM’ sebuah hotel di Shah Alam kira-kira jam 11.30 malam semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan penahanan wartawan berkenaan.

Azam menafikan bahawa penahanan itu adalah kerana artikel Malaysiakini baru-baru ini mendedahkan kartel pemerdagangan warga asing.

Menurut Azam, wartawan itu didakwa meminta RM100,000 daripada ejen itu sebagai balasan untuk tidak menyiarkan dua artikel berhubung ejen berkenaan.

Kata Azam lagi, jumlah itu akhirnya dikurangkan kepada RM20,000.

“Ejen itu membuat laporan kepada SPRM, selepas itu kami menjalankan apa yang dipanggil ‘kes perangkap’.

Nantha yang berkhidmat dengan Malaysiakini sejak 2018 telah menulis secara meluas baru-baru ini mengenai sindiket imigresen, termasuk yang melibatkan Jabatan Imigresen.

Pengarang Eksekutif Malaysiakini RK Anand dan pengarang urusan Ng Ling Fong berkata portal berita itu terkejut dengan dakwaan terhadap wartawannya.

“Kami belum mendengar penjelasan Nantha tentang apa yang berlaku. Walau bagaimanapun, kami tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku yang melibatkan kakitangan kami.”katanya.

Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membenarkan permohonan SPRM untuk menahan remannya selama empat hari.- 1/3/2025

Read more

khabar terbaru