Monday - 21, April 2025

KEMASKINI : Guan Eng ‘turun pangkat’ jadi penasihat parti…Gobind Singh Deo ganti jadi Pengerusi DAP Kebangsaan.

Share

Menteri Digital Gobind Singh Deo yang dapat undi terbanyak dalam pemilihan 30 angggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP telah dilantik sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan ganti kedudukan Lim Guan Eng.

Guan Eng yang dapat nombor 26 sebaliknya dilantik sebagai penasihat parti.

Jawatan itu dikatakan tidak ada impak politik.

Anthony Loke yang dapat nombor lima telah dipilih semula sebagai Setiausaha Agung DAP.

Tiga timbalannya ialah Steven Sim, Hannah Yeoh, dan Ramkarpal Singh.

Dalam pada itu lima Naib Pengerusi Kebangsaan dilantik.Mereka ialah Chong Chieng Jen, Teo Nie Ching, Ng Suee Lim, Syahredzan Johan dan J Arul Kumar.- 16/3/2025

Kongres DAP jadi tumpuan… 70 calon berentap 30 tempat CEC DAP

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi Ahad menghadiri Kongres Kebangsaan DAP ke-18 yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini bagi memilih Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu.

Ketibaan Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan pada 10 pagi itu disambut pimpinan utama parti termasuk Pengerusi Kebangsaan DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan Gobind Singh Deo.

Turut hadir Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Steven Sim Chee Keong dan Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu.

Proses pemilihan CEC DAP yang bersempena dengan Kongres Kebangsaan ke-18 itu menyaksikan 70 calon bakal berentap merebut 30 tempat dalam jawatankuasa berkenaan.

Steven Sim sebelum ini memaklumkan 4,203 perwakilan dari 1,650 cawangan layak mengundi pada pemilihan berkenaan.

Mereka yang terpilih dalam CEC itu akan menerajui barisan kepimpinan DAP bagi penggal 2025 hingga 2028, yang kemudiannya turut akan memilih kepimpinan tertinggi termasuk Setiausaha Agung baharu.

Sementara itu, Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng mengakui berlapang dada jika tidak lagi dipilih untuk menganggotai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baharu yang akan ditentukan hari ini.

Menurutnya menang mahupun kalah adalah perkara biasa dalam mana-mana pertandingan, selain meletakkan sepenuhnya harapan kepada perwakilan yang akan mengundi sebentar lagi.

“Kongres (DAP Ke-18) tahun ini banyak menarik perhatian media kerana pimpinan baharu akan dipilih.

“Wining or loosing is normal in any contest (menang atau kalah adalah adat dalam mana-mana pertandingan).

“And you must place our fate in the wisdom of our delegates (kita perlu serahkan kepada kebijaksanaan perwakilan parti),” kata bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Ahli Parlimen Bagan itu demikian ketika berucap pada Kongres DAP Ke-18 yang dirasmikan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan Loke menjanjikan rombakan ‘berani dan besar’ bagi CEC DAP jika dipilih semula dalam pemilihan parti esok, bagi membolehkan pemimpin berbeza mengambil alih peranan baharu.

Sebelum ini dilaporkan 70 calon akan bertanding merebut 30 kerusi CEC DAP pada kongres nasional ke-18 parti di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.

Antara nama utama dalam senarai rasmi diumumkan ialah Loke, Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh, Nga Kor Ming, Chow Kon Yeow, Steven Sim Chee Keong dan Chong Chieng Jen, Hannah Yeoh, Teresa Kok, Teo Nie Ching, Yeo Bee Yin, Young Syefura Othman, Lim Hui Ying, Vivian Wong, Wong Shu Qi dan Alice Lau.-16/3/2025

Read more

khabar terbaru