Thursday - 10, April 2025

3.25%…Tabung Haji umum dividen tertinggi dalam tempoh tujuh tahun

Share

Tabung Haji (TH) umum kadar dividen sebanyak 3.25 bagi tahun kewangan 2024 yakni yang tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata kadar keuntungan selepas zakat ini membabitkan jumlah agihan bernilai RM2.92 bilion, berbanding RM2.72 bilion tahun sebelumnya.

Agihan itu akan memberi manfaat kepada lebih 9.5 juta pendeposit TH.

Bagi tahun kewangan 2023, TH mengagihkan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.1 peratus, sama seperti kadar tahun kewangan sebelumnya.

Beliau berkata, agihan keuntungan tertinggal sejak 2018 itu dipacu prestasi pelaburan yang lebih baik kesan pertumbuhan ekonomi dan pasaran saham negara yang positif tahun lalu, di samping usaha berterusan bagi mengawal kos operasi.

“Alhamdulillah, ini adalah pulangan terbaik sejak 2018. TH akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi masa hadapan bagi membantu pendeposit mengembangkan tabungan haji mereka secara mampan,” katanya ketika mengumumkan agihan keuntungan TH bagi 2024 di Kuala Lumpur,Jumaat.

Pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing bermula Ahad ini (23 Mac).

TH sudah membantu lebih 1.5 juta umat Islam negara mengerjakan haji sejak penubuhan dan turut menanggung Bantuan Kewangan Haji sebanyak RM2.8 bilion sejak diperkenalkan 2001.- 21/3/2025

Read more

khabar terbaru