Tuesday - 8, April 2025

Prabowo kunjungi Anwar dalam suasana lebaran…

Share

Dalam suasana lebaran yang penuh keberkatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan silaturahmi daripada sahabat lama yang juga Presiden Indonesia, Prabowo Subianto lewat petang Ahad.

Menerusi facebooknya Anwar memberitahu mereka berbincang mengenai isu-isu serantau yang penting, termasuk tarif baharu yang diterapkan Amerika Syarikat terhadap negara-negara ASEAN, selain menyentuh usaha dan tindakan bersama dalam memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat di Myanmar yang terkesan akibat bencana gempa baru-baru ini.

“Semoga semangat aidilfitri terus memperkuat hubungan persaudaraan dan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia atas nama keamanan dan kesejahteraan serantau,”katanya.- 6/4/2025

Read more

khabar terbaru