Keputusan ini tentunya akan jadi pengajaran kepada mana mana pelajar yang ‘gatal tangan’ nak membuli pelajar baru atau perbuatan yang sewaktu denganya.
Tujuh pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) menerima hukuman yang pasti buat mereka menyesal tak sudah.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada Selasa umum mereka ditamatkan pengajian.
Katanya menerusi aman facebook Jawatankuasa Disiplin MRSM dapati tujuh pelajar terbabit.
“Dua (daripadanya) terbabit buli fizikal. Lima subahat.”Disyorkan semuanya ditamatkan pengajian daripada MRSM,” katanya.
Baru baru in tular video yang mengaitkan perbuatan buli membabitkan pelajar MRSM.
Difahamkan MRSM berkenaan di Pulau Pinang.
Rakaman video berdurasi 1.31 minit tersebar di media sosial memaparkan sekumpulan pelajar lelaki menghempap kepala dan badan seorang pelajar lain dalam keadaan tertiarap di atas katil.
Remaja lelaki berkenaan turut dilihat disebat dengan tali pinggang pada punggung, namun tidak dapat dipastikan ia cuma suatu gurauan atau perbuatan buli.
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, beliau tidak setuju untuk diberikan peluang kedua kerana sejak dari awal diamanahkan sebagai Pengerusi MARA, berulang kali beliau ingatkan dan tegaskan prinsip #YouTouchYouGo.
“Tiada kompromi dan tiada tempat untuk pembuli dan apa jua bentuk budaya buli di mana-mana Institusi Pendidikan MARA (IPMA) termasuk MRSM.
“Tidak kira anak sesiapa sekalipun, Tan Sri, Datuk hatta anak orang berpengaruh macam mana sekalipun, jika terlibat dalam buli, tindakan tegas dan keras akan diambil. Tidak perlu cari jalan untuk bertemu saya bagi maksud merayu. Pejabat saya tidak sesekali melayani pelaku-pelaku yang melanggar prinsip kemanusiaan seperti ini,” katanya.- 8/4/2025