Thursday - 8, May 2025

MCMC kompaun RM10,000 individu muatnaik kandongan jelik sentimen kaum di Tiktok

Share

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenakan kompaun RM10,000 terhadap seorang individu, Mohamad Shafiq Bin Abdul Halim kerana memuat naik kandungan jelik melampau membabitkan sentimen kaum dan agama.

Kandongan jelik berkenaan ialah berkaitan isu pekerja Menara KL di aplikasi TikTok pada 31 Mac lalu.

Satu kenyataan Komunikasi Korporat MCMC pada Rabu beritahu tindakan ini diambil setelah mendapat izin pengkompaunan dari Jabatan Peguam Negara serta hasil siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Seksyen berkenaan memperuntukkan larangan terhadap penggunaan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atauperkhidmatan aplikasi bagi tujuan penyebaran kandungan yang bersifat lucah,sumbang, palsu, mengancam atau jelik melampau.

MCMC menasihati semua pengguna media sosial agar sentiasa bertanggungjawab dan beretika dalam memuat naik atau berkongsi kandungan.

Penyebaran kandungan berunsur jelik melampau, khususnya yang boleh menjejaskan sensitiviti agama, kaum atau institusi diraja, tidak akan dikompromi.

MCMC menegaskan komitmen dalam memastikan ruang siber negara kekal selamat, teratur dan harmoni, selari dengan usaha memperkukuh perpaduan nasional serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.-7/6/2025

Read more

khabar terbaru