Berikutan konflik terbaru antara India dan Pakistan di sempadan Kahsmir Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan di Islamabad kini mengeluarkan saranan kepada rakyat Malaysia untuk menangguhkan sementara perjalanan mereka ke dua-dua negara tersebut.
Ketika ini kedua pihak suruhanjaya melakukan pemantauan secara berkala akan persekitaran semasa bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di kedua negara tersebut terus terpelihara.
Maka semua pihak yang berkaitan dinasihatkan untuk berhati-hati khususnya yang berada di lokasi berisiko.
Sehubungan itu, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting ke India dan Pakistan.
Ini bermakna, jika perjalanan anda bukanlah sesuatu yang sangat penting dan boleh ditangguhkan, anda sebaiknya menangguhkannya dahulu sehingga keadaan menjadi lebih aman.
Untuk makluman umum, ketegangan antara India dan Pakistan telahpun meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Keadaan ini menjadi lebih serius pada minggu ini selepas adanya laporan mengenai serangan udara yang melintasi sempadan antara kedua-dua negara.-8/5/2025