Monday - 12, May 2025

Kehangatan isu Petronas-Petros…pertemuan PM dan Abang Johari berlangsung dalam suasana mesra

Share

Kalau diputar balik pada awal bulan ini…suasana agak panas antara syarikat minyak kerajaan persekutuan,Petronas dan syarikat minyak kerajaan negeri Sarawak,Petros

Ini bila Petronas mengesahkan anak syarikatnya, Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) telah menerima notis daripada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak pada 30 April 2025 berhubung pemprosesan dan pengedaran gas di negeri itu.

Notis berkenaan dilaporkan berupa surat tuntutan kepada PCSB atas dakwaan melakukan pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016.

Pelanggaran itu didakwa membabitkan operasi loji milik PCSB di Miri Crude Oil Terminal (MCOT) di Lot 915-916, Lorong 1A-1A, Desa Senadin, 98100 Miri, Sarawak.

Loji berkenaan didakwa beroperasi secara haram atau tanpa permit di bawah Seksyen 7(e) DGO 2016.

Kerajaan negeri itu juga memberi tempoh selama 21 hari dari tarikh surat berkenaan, yang bertarikh 30 April 2025, untuk PCSB mendapatkan lesen atau berdepan penalti kewangan.

PETRONAS berpendirian akan terus terbabit secara konstruktif dan bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak dan Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) dalam meneroka pengaturan masa depan bagi memastikan kejelasan peraturan dan kesinambungan operasi untuk manfaat industri, negeri dan negara secara keseluruhan.

Berikutan isu berkenaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minta semua pihak tangguh tindakan atau keluar kenyataan.

Beliau jugta telah berhubung dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang ketika itu dalam lawatan rasmi ke London.

Pada Jumaat,semalam kedua pemimpin telah adakan pertemuan di Perdana Putra di Putrajaya.

Pertemuan tersebut turut disertai kepimpinan tertinggi Petronas dan Petros.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan memaklumkan, pertemuan berkenaan telah berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni berteraskan semangat Persekutuan.

Menurut PMO, Perdana Menteri dan Premier Sarawak telah bersetuju untuk memuktamadkan prinsip-prinsip asas dalam masa terdekat seperti yang dipersetujui sebelum ini untuk mempermudahkan rundingan antara Petronas dan Petros.

“Perdana Menteri dan Premier Sarawak juga mencapai kesepakatan untuk menyelesaikan semua isu berbangkit sebelum ini melalui rundingan,” katanya dalam kenyataan itu.

Katanya, langkah berkenaan penting bagi memastikan potensi besar yang telah dikenal pasti daripada kerjasama Petronas dan Petros dapat diteroka secara menyeluruh serta dilaksanakan dengan berkesan.

“Ini termasuklah menyegerakan pembekalan tenaga secara komersial ke negara-negara ASEAN.- 10/6/2025

Read more

khabar terbaru