Monday - 7, July 2025

Rafizi akui seruannya undi Nurul Izzah ‘ada makna’…

Share

Seperti diduga seruan Datuk Seri Rafizi Ramli agar perwakilan PKR undi Nurul Izzah semasa ceramahnya di Kulim pada malam 13 Mei baru ini ada maksud yang tersurat dan tersirat.

Menteri Ekonomi itu buat pengakuan berkenaan dalam ceramahnya jelajah Pahang di Temerloh Rabu malam.

“Masa di Kedah saya cakap berilah undi pada Nurul Izzah…sebab kalau keputusan itu lain dia susah…habis semua orang terpinga…ni apa dia…tak pernah berlaku…calon Timbalan Presiden kempen dia suruh undi orang lain

“Kau orang tak faham perkataan berkias…dia ada yang tersurat dan tersirat…(teruskan) undilah saya…undi banyak banyak,”katanya.

Beliau memberitahu gara gara itu telah menerima banyak mesej dari penyokongnya bertanyakan hal berkenaan.

“Lepas itu letih saya dok dapat mesej…betul ke YB…macam mana ni kita dah berputus asa ke?”

“Maksud saya begini…kita dah sampai ke peringkat yang ada sekarang…pertembungan ini dah berlaku…apa apa kemungkinan pun kita kena tanggong beban itu…apa apa keputusan pun beban itu orang yang paling utama
kena tanggong ialah Datuk Sri Anwar Ibrahim.

“Itu maksud saya..kalau Izzah menang orang kata nepotisme dan macam macam..kalau Izah kalah orang kata parti ini tolak Anwar

“Oleh itu saudara yang muda muda…yang nak tanding…sebelum buat apa apa keputusan politik…fikir panjang…setiap tindakan kita akan ada kesan.

Beliau lalu memetik kata kata Inggeris ‘for every action there is a reaction’..

“Itu kita kena hadap.

“Saya apapun keputusan yang perwakilan buat…saya dah terima.

Rafizi bertegas beliau pasti akan letak jawatan menteri jika kalah.

“Saya akan undur diri dan letak jawatan kerana tak boleh kalau kita tak menang (dan) tak ada jawatan penting parti kamu nak jadi menteri…tak boleh…(akibatnya) pada masa depan bergaduh parti…kalah buat cara kalah….kamu bagi beri laluan pada yang menang.

Katanya beliau bimbang jika terus bergayut pada jawatan menteri jika kalah dalam pemilihan nanti di masa depan orang kalah akan menuntut nak kekal jawatan menteri dengan beri alasan ‘dulu Rafizi boleh’.- 15/5/2025

Panas…panas…Rafizi buka cerita PKR akan hadapi masalah besar jika Nurul Izzah kalah

Senang cakap…sendirilah pandai pandai buat tafsiran.Datuk Seri Rafizi Ramli buat kejutan besar Isnin malam apabila secara terbuka kata ‘undilah Nurul Izzah’.

Menteri Ekonomi itu buat seruan berkenaan dalam ucapan kempennya untuk jawatan Timbalan Presiden PKR untuk zon Utara di sebuah dewan di Sungai Seluang,Kulim.

Sebagai seorang yang turut bertanding mempertahankan jawatan nombor dua parti itu tentukan agak pelik bunyi seruan itu.

Rafizi membuat seruan itu setelah mengakui orang yang terpaksa telan dan pikul masalah jika Nurul Izzah kalah bertanding dengannya ialah bapanya yang juga Perdana Menteri dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau contohnya Nurul Izzah kalah…apa mesejnya kepada rakyat…mesejnya ialah ahli PKR tolak Anwar…sebab itulah Nurul Izzah mesti menang,”katanya.

Baginya situasi itu menyebabkan PKR akan berdepan kemelut yang sangat janggal.

Menurutnya jika Nurul Izzah kalah bagaimana PKR nak berdepan dengan pembangkang serta polimek dalam dan luar kerajaan bahawa Anwar ditolak oleh parti sendiri ketika hendak hadapi pilihanraya.

“Jadi apa pilihan yang saudara saudari ada.

“Bagi saya, kempen saya mudah…saya nak tutup begini…undi Nurul Izzah…sebab kita tak boleh ada keputusan lain,”katanya.

Sedangkan menurutnya Anwar sendiri semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi dan Biro Politik PKR ada meminta sebolehnya jangan ada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

“Kita undang masalah yang tidak sepatutnya berlaku,”kata Rafizi.

Beliau mendakwa kemelut ini timbul kerana ada pihak tertentu dalam parti yang terbawa bawa setelah menikmati kuasa sekarang hingga merasa golongan lama harus disingkirkan.

Maka timbul cucuk mencucuk dan gerakan pancung memancung.

“Tiba tiba bila kita jadi kerajaan ada orang yang lebih sudu dari kuah…tiba tiba rasa kita kena tukar semua ini kerana kita kena pastikan akar umbi kita 100 peratus bersama Presiden…(sedangkan) benda itu tak timbul pun.”

“Sebab itu lain kali kalau ada pemilihan…fikir panjang panjang,”katanya.

Rafizi juga membangkitkan pasal seorang pemimpin baru dalam PKR yang dakwa jika Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden maka PKR boleh menang 80 kerusi parlimen masa pilihanraya umum nanti.

“Saya kata goodluck…kita boleh gula gulakan diri kita berada diawangan..tetapi kalau kita tidak rancang dalam tempoh dua tahun ini…kita akan mengundang padah,”ujarnya.

Apapun dalam ucapan itu Rafizi tidak beri sebarang bayangan kemungkinan beliau akan tarik diri dari pertandingan jawatan itu atau tidak untuk elak kemelut yang dibangkitkannya jika Nurul Izzah ditakdirkan kalah.

Sebalik di penutup ucapan beliau dengan penuh semangat ajak hadirin dalam dewan buat laungan ‘lawan tetap lawan’.– 13/5/2025 – OLEH HIEKAL ROSLI

Read more

khabar terbaru