Monday - 19, May 2025

Dakwaan surat sulit Rafizi bocor…Setiausaha Agung PKR bagi penjelasan

Share

Betulkah sepucuk surat sulit Datuk Seri Rafizi Ramli kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung parti itu Fuziah Salleh sudah bocor?

Surat berkenaan berkaitan keputusan Timbalan Presiden itu tidak mahu merasmikan kongres sayap pemuda dan wanita PKR di Johor Bharu pada 22 Mei ini.

Rafizi yang nampak tidak senang dengan dakwaan suratnya bocor telah membangkitkan hal itu dalam ucapannya di majlis kempen jelajah HIRUK di Ipoh Ahad malam.

“Saya tulis surat pada dua orang sahaja. Kepada Anwar, dan salinan kepada Setiausaha Agung. Siapa yang bocorkan ni? Macam mana boleh bocor? Surat itu surat sulit! Bukan saja boleh bocor (dan dilaporkan di) berita, (keseluruhan) surat itu terus keluar (dibocorkan),” katanya.

Fuziah pada Isnin dilaporkan menafikan pejabat Setiausaha Agung yang buat kerja itu.

Beliau mendakwa surat berkenaan turut dihantar kepada Pemuda PKR.

Ketua Pemuda PKR Adam Adli semalam dilaporkan media akui beliau ada terima salinan surat itu.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu menyeru Rafizi akan mempertimbangkan semula keputusannya untuk tidak merasmikan kongres pemuda dan Wanita PKR pada 22 Mei ini.

Sudah menjadi tradisi dalam PKR dan kebanyakan parti politik di negara ini Timbalan Presiden merasmikan himpunan tahunan atau kongres sayap pemuda dan wanita.

Dalam ucapan di Ipoh, Rafizi telah mengaitkan keputusannya itu dengan tindak tanduk yang didakwanya ‘tidak ikut adab dan hiraki parti’ dalam urusan perasmian jentera pilihanraya PKR Sabah di Kota Kinabalu petang 17 Mei.

Baginya ikut hiraki parti majlis itu sepatutnya disempurnakan oleh Timbalan Presiden yang juga Pengarah pilihanraya.

Sebaliknya Nurul Izzah Anwar yang berjawatan Naib Presiden dijemput rasmi majlis itu.

Lebih lebih lagi ketika majlis berkenaan diadakan pada petang 17 Mei kebetulan Rafizi juga berada di Kota Kinabalu untuk hadiri majlis HIRUK jelajah Sabah.

Juga dakwa Rafizi sepatutnya Nurul Izzah adakan kempen di Kota Kinabalu pada 19 Mei bukan 17 Mei.

Dalam isu ini…media melaporkan kebanyakan ketua cabang PKR Sabah tidak mahu Rafizi dijemput ke majlis itu.

Kebanyakan mereka juga dikatakan menyokong anak Perdana Menteri itu dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden.- 19/5/2025

Read more

khabar terbaru