Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
DBKL nafi dakwaan godam dan tuntutan tebusan USD55 juta - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / DBKL nafi dakwaan godam dan tuntutan tebusan USD55 juta

DBKL nafi dakwaan godam dan tuntutan tebusan USD55 juta

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan sistem perkhidmatan dalam taliannya digodam serta penggodam menuntut wang tebusan USD55 juta (RM236.17 juta) berikutan gangguan itu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata sistem perkhidmatan dalam talian DBKL memang mengalami gangguan teknikal sebelum ini, namun tidak membabitkan sebarang tuntutan wang.

“Memang ada gangguan sistem tapi tidak ada kaitan dengan wang (tebusan) daripada sesiapa.

“Sebanyak 39 sistem yang bermasalah sudah kembali normal sejak 1 Mei lalu, seperti sistem e-perumahan, e-lesen, e-aduan dan e-tempah,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya setakat ini tidak menerima laporan berhubung tuntutan berkenaan.

Terdahulu, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan seorang Ahli Parlimen mendakwa sistem perkhidmatan dalam talian DBKL digodam dan penggodam berkenaan menuntut tebusan berjumlah RM236.17 juta.

Menurut laporan itu, Ahli Parlimen tersebut memaklumkan beliau menerima maklumat terbabit daripada individu yang dipercayainya sebagai sumber yang boleh diharap dan yakin bahawa insiden berkenaan benar-benar berlaku.-20/5/2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *