Category Archives: TAHUKAH ANDA

Cuti hujung minggu Johor kembali kepada Sabtu, Ahad

Johor mengembalikan cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025. Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengumumkan perkara itu melalui satu kenyataan di Facebook, hari ini. “Selepas mendapat perkenan dan restu ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta mendapat pandangan daripada Jabatan Agama Islam […]

Alas kaki bercorak Kaabah, masjid: 2 lelaki ditahan polis Pulau Pinang

Polis menahan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung penjualan alas kaki yang mempunyai corak mirip masjid dan Kaabah di sebuah bazar perniagaan di George Town semalam. Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Alwi Zainal Abidin berkata lelaki berusia 26 dan 41 tahun yang ditahan itu masing-masing merupakan pemilik dan pekerja di bazar tersebut. “Pihak […]

Wanita Palestin yang buat kecoh di WTKL menyesal dengan perbuatannya…

Jika sebelum ini Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali memohon maaf….kini wanita Palestin yang cetuskan kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) Rabu lalu pula suarakan rasa kesal atas perbuatannya. Wanita Palestin itu, Aminah Muhammad Nafi’ Jamal Abd Rabah menyatakan demikian menerusi video Tik Tok. Dia mengakui rakyat Palestin yang berada di negara […]

Pegawai awam dilarang buat kenyataan termasuk di media sosial

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan semua pegawai awam supaya tidak membuat sebarang pernyataan awam termasuk menerusi media sosial melainkan diberi kuasa atau mandat oleh pihak kementerian atau jabatan. Menurut hantaran Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini, Shamsul Azri mengingatkan perkara berkenaan menerusi Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perdana Menteri Tahun 2024. […]

Pemilihan Bersatu: Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding

Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal Presiden Bersatu manakala Setiausaha Agung parti Datuk Seri Hamzah Zainudin mengisi jawatan Timbalan Presiden, selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi 2024-2027. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu Saiful Adli Arshad dalam sidang media di Petaling Jaya Jumaat. “Pengisytiharan rasmi kemenangan kedua-dua calon […]

Kes saman fitnah selesai, Syed Saddiq mohon maaf kepada bekas penasihat DS Najib,Habibul Rahman

Kes saman fitnah oleh Habibul Rahman Kadir Shah terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selesai apabila Ahli Parlimen Muar itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas penasihat Datuk Seri Najib Tun Razak itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. Syed Saddiq, 31, ketika membacakan pernyataan maaf di hadapan Hakim Norakhmar Mohd Sani berkata, […]

206 akaun milik GISBH dibekukan….

Sebanyak 206 akaun milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) membabitkan nilai keseluruhan kira-kira RM1.4 juta telah dibekukan oleh polis setakat ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan pembekuan itu membabitkan 205 akaun bank bernilai RM1.35 juta serta satu akaun bank bernilai AS$1,344.26 (RM5,688.80). Menerusi satu kenyataan pada Khamis beliau beritahu tTurut dibekukan […]

PAS ingatkan elak hukum GISBH selagi mahkamah belum buat keputusan

Dicelah kehangatan isu GISBH Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pada Isnin mengeluarkan satu kenyataan meminta semua pihak mengelak dari menghukum selagi mahkamah belum buat sebarang keputusan. Dakwanya ramai pihak mengulas kes GISBH sehingga menggambarkan seolah-olah pihak berkenaan telah pun dijatuhkan hukuman bersalah. Beliau mengingatkan semua pihak selain hakim, termasuk penyiasat tidak mempunyai autoriti […]

Kenyataan Mohamad di UNGA gambar ketegasan Malaysia terhadap isu sejagat – Saifuddin

Kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-79 di New York, semalam jelas menggambarkan ketegasan dan ketekalan Malaysia terhadap pelbagai isu sejagat, termasuk keadilan buat Palestin, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata, kenyataan seumpama itu adalah penting sebagai memanfaatkan peluang bagi menyuarakan pandangan […]

GISBH: Jawatankuasa Fatwa MKI tidak keluar fatwa

Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI) hanya akan mengeluarkan pandangan hukum mengenai GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan bukan fatwa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Beliau menjelaskan bahawa fatwa berkaitan GISBH akan diputuskan oleh setiap negeri di negeri masing-masing. […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.