Category Archives: TAHUKAH ANDA

Wang tunai RM2 juta ditemui di premis pegawai kanan polis KL yang ditahan SPRM

Wang tunai berjumlah RM2 juta ditemui hasil pemeriksaan keatas beberapa premis milik seorang pegawai kanan polis yang ditahan SPRM. Pegawai kanan yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada Sabtu semalam. Dia ditahan SPRM kerana disyaki menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram […]

Malaysia tolak tawaran jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026

Sudah boleh tutup buku pasal kemungkinan Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026. Kerajaan telah menolak tawaran untuk jadi tuan rumah sukan antara negara negara bekas jajahan British itu. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beritahu Jumaat keputusan tersebut diambil selepas meneliti pelbagai aspek serta implikasi jika tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) itu diterima. […]

Mahkamah tolak permohonan isteri Tun Daim dapat paspot…sebab berisiko larikan diri

Hasrat isteri Tun Daim Zainuddin mendapatkan kembali pasportnya secara kekal tidak kesampaian. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat menolak permohonan Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, 66 itu. Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Ahmad Bache. Ketika membuat keputusan hakim itu berkata ia mempunyai risiko ‘flight risk’ serta tiada jaminan isteri bekas Menteri Kewangan itu tidak melarikan […]

Kerajaan tidak pernah ‘tahan’ peruntukan kepada negeri termasuk Terengganu – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan tidak pernah ‘menahan’ sebarang pemberian Persekutuan kepada mana-mana negeri termasuk Terengganu, malah agihan peruntukan ke negeri itu ditingkatkan tahun ini. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, agihan peruntukan Belanja Pembangunan bagi Terengganu ditingkatkan kepada RM1.59 bilion tahun ini berbanding RM1.55 bilion pada 2023. “Belanjawan […]

Akmal tidak berganjak sekalipun ‘ditegur’ orang kuat DAP Nga Kor Ming

Sekalipun berdepan dengan ‘ teguran’ orang kuat DAP yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming…Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menegaskan, pihaknya tidak akan berganjakdalam pendiriannya gesa umat Islam untuk terus memboikot KK Mart. Malah tindakan memboikot itu akan lebih giat dilakukan apabila terdapat pihak yang menyokong supaya ia tidak dikenakan atas […]

Isu kalimah Allah: Perkara sensitif babitkan umat Islam sukar dimaafkan…- kata Menteri JPM

Isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di KK Mart masih panas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut tampil bersuara. Katanya “Perkara sensitif membabitkan umat Islam sukar untuk dimaafkan, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.” Beliau berkata, Allah adalah pencipta dan meletakkan Allah di kaki adalah satu penghinaan dan […]

Keputusan tuan rumah Sukan Komanwel 2026 minggu depan: Anwar

HAMBURG – Kerajaan akan membincangkan dengan terperinci dan mendapatkan pandangan semua pihak sebelum membuat keputusan muktamad berhubung tawaran untuk Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah meminta maklumat daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Majlis Sukan Negara (MSN) dan pihak lain yang berkaitan. “Kita kena […]

Ini penjelasan Ruhainies…saya tak boleh paksa sesiapa untuk percaya

“Mungkin ada pihak yang akan memilih untuk tidak percaya kepada kenyataan saya. Namun, saya tak boleh memaksa sesiapa untuk percaya. “Saya cuma ingin menjelaskan situasi yang berlaku dan kenyataan rasmi daripada saya.” Itu antara kata pelakon Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas atau lebih dikenali sebagai Ruhainies menerusi laman Instagram berhubung dakwaan terbabit dalam kes khalwat […]

Menteri Kesihatan dirawat di hospital…disyaki masalah batu karang

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad telah dirujuk ke jabatan kecemasan pada awal pagi Rabu kerana disyaki mengalami gejala renal colic ( batu karang). Satu kenyataan kementerian itu beritahu menteri itu berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan. Ia bagaimanapun tidak beritahu hospital mana Dzulkefly dirawat. “Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesihatan yang […]

Media: Harap harap begitu…

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada Selasa beri jaminan ini di dalam Dewan Rakyat. Ini sebagai menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang memintanya memberi jaminan bahawa Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu yang dilancar pada 20 Februari lalu tidak akan mengekang pemberita atau sebarang laporan berbentuk pembongkaran skandal. “Saya beri jaminan, Alhamdulillah sejak saya memegang portfolio […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.