Category Archives: TAHUKAH ANDA

Biar betul…ini antara taktik kotor rebut tender kerajaan

Kalau baca kisah ini kita tentu akan duduk termenung apalah nasib peniaga khususnya bumiputra nak cari makan bida tender projek kerajaan gara gara kegiatan seperti ini. Pernah bayangkan ada pemilik syarikat hingga sanggup kahwin empat semata mata untuk tujuan itu. Hal ini didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Iskandar Ismail bila memberitahu […]

Zahid akan bantah Badan Peguam cabar keputusan DNAA

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membantah permohonan Badan Peguam Malaysia untuk mendapatkan kebenaran mahkamah bagi memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara memberhentikan prosiding terhadap beliau pada 4 Sept lepas. Peguam Guok Ngek Seong, yang mewakili Timbalan Perdana Menteri itu, berkata pihaknya akan memfailkan afidavit dan hujahan untuk membantah permohonan tersebut sebelum 11 […]

Pilihanraya kerajaan tempatan…UMNO WP bersuara

Umno Wilayah Persekutuan tampil bersuara dalam isu pilihanraya kerajaan tempatan dengan mengingatkan DAP adanya pilihanraya itu menandakan fungsi Ahli Parlimen tidak efektif. Ini,katanya kerana ada pertindihan peranan di antara Ahli Parlimen dengan ahli PBT yang dipilih. Ia juga berpendapat pembaziran wang rakyat sebagai salah satu sebab mengapa pilihan raya itu perlu ditolak. “Umno Wilayah Persekutuan […]

Mujahid Timbalan Presiden Amanah ganti Allahyarham Salahuddin…Mat Sabu kekal Presiden

Datuk Seri Mujahid Yusof telah dilantik mengisi jawatan Timbalan Presiden Amanah yang kosong berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahudin Ayub. Datuk Seri Mohamad Sabu kekal pegang jawatan Presiden untuk penggal ketiga. Mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional parti itu turut membuat keputusan untuk tiga jawatan Naib Presiden yang masing-masing kini diisi oleh Datuk Seri Dr Dzulkefli […]

Anwar yakin ‘tebuk atap’ tidak akan berlaku

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinannya bahawa percubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan menerusi usaha menukar sokongan atau “tebuk atap” tidak akan berlaku berikutan sokongan padu yang diberikan Sarawak. Anwar berkata Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam satu pertemuan dengan beliau baru-baru ini turut mengulangi […]

Tugas Menteri Ekonomi bukanlah menjadi Santa Klaus – Rafizi

Rafizi Ramli pada Jumaat mengeluarkan satu kenyataan untuk mematikan langkah penyokong pembangkang mencanang kegagalan reformasi ekonomi negara. Katanya beliau tahu satu harapan mereka yang menggunung ialah melihat orang lain menjadi Menteri Ekonomi. “Inilah isu yang dimainkan sejak setahun lalu, konon ekonomi telah tenat dan merudum. Dalam beberapa bulan pertama, mereka memainkan isu “tak de apa-apa” […]

Shahrir bertindak balas….

Tan Sri Shahrir Samad yang telah dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan gagal mengiytiharkan RM1 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bertindak balas. Bekas pengerusi Felda itu telah memfailkan saman terhadap bekas peguam negara, Tommy Thomas; bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya; SPRM dan kerajaan. Beliau […]

Berita gembira untuk golongan OKU….

KUALA LUMPUR: Kalau sebelum ini golongan Orang Kurang Upaya (OKU) hanya diberi diskaun 50 peratus untuk tambang perjalanan rel dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana)…mulai 1 Februari nanti…lain ceritanya. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pada Khamis umum tambang percuma semua perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), monorel dan bas di […]

Agihan pendapatan ASB 5.25 sen

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikatpengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), hari ini mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. Jumlah tersebut terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit. […]

Anwar: Dasar Pandang ke Timur kini termasuk China

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia yang sebelum ini hanya menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh model pembangunan ekonomi, kini turut berminat untuk belajar dari China. “Kita perlu terbuka untuk menyemak semula sebarang dasar yang telah dilaksanakan selama 40 tahun,” katanya kepada Asahi Shimbun ketika ditemu bual di Tokyo pada 17 Dis. […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.