Kira-kira 90 peratus daripada 425 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) yang dikeluarkan di Melaka melibatkan kesalahan membuang puntung rokok di tempat awam. Pengarah SWCorp negeri, Nor Zaki Md Nor berkata, notis berkenaan dikeluarkan menerusi 353 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan di seluruh negeri sejak awal tahun ini hingga semalam. “Selebihnya kes melibatkan pembuangan sisa plastik, bekas makanan […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Kerajaan Negeri akan melaksanakan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang tidak mahu ada ladang menternak babi di negeri, kata Dato’ Menteri Besar. Dato’ Seri Amirudin Shari berkata titah Sultan Selangor itu adalah langkah terbaik buat masa ini. “Tuanku berpandangan dah bertahun-tahun cadang (kaedah ladang babi moden), buat apa lagi nak cadang, kita berhenti […]
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) masih belum membuat sebarang keputusan berhubung penyaluran sumbangan atau dana kepada Selangor bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026. EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi berkata perkara itu bagaimanapun akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa khas temasya berkenaan yang dijadualkan pada Khamis ini. “Setakat ini, kita masih belum terima maklum balas daripada kementerian […]
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio berkata Amerika Syarikat tidak melarang penyertaan pemain Iran dalam Piala Dunia FIFA 2026, namun menegaskan individu yang mempunyai kaitan dengan IRGC tidak akan dibenarkan memasuki negara itu. “Tiada apa daripada pihak Amerika Syarikat yang menyatakan mereka tidak boleh datang,” kata Rubio kepada pemberita. Presiden Donald Trump turut menyatakan pentadbirannya […]
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan, hasil siasatan berhubung insiden pijak kepala membabitkan kejadian tangkapan seorang lelaki di Kulim, Kedah baru-baru ini akan didedah kepada umum sebaik siasatan selesai. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ketika ini dua siasatan membabitkan aspek jenayah dan tatatertib sedang dijalankan secara serentak terhadap anggota […]
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadakan lawatan ke Sabah hari ini bagi meninjau sendiri situasi kebakaran besar di Kampung Bahagia, Sandakan yang meranapkan 1,000 rumah pada Ahad lepas. Beliau dijangka memulakan tinjauan di lokasi bencana berhampiran Masjid Kampung Bahagia pada 4.20 petang, sebelum meluangkan masa menziarahi penduduk yang kehilangan tempat tinggal di tiga […]
Sebanyak 203,918 permohonan diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) daripada orang awam bagi menurunkan pelbagai kandungan di platform media sosial, bagi tempoh Januari hingga semalam. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata majoriti permohonan itu melibatkan kandungan perjudian dan penipuan dalam talian yang merangkumi kira-kira 91 peratus. Beliau berkata selain itu, permohonan turut melibatkan kandungan […]
Dua bekas pemimpin yang telah sah diterima semula menyertai UMNO iaitu Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bertekad memberi khidmat dan berjuang bagi membantu parti berkenaan. Dalam hantaran di Facebook, Khairy yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO menerima keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menerimanya semula dengan penuh rasa rendah diri dan kesyukuran. […]
Harga runcit baharu diesel di Semenanjung menyaksikan penurunan sebanyak 75 sen seliter mulai esok sehingga 22 April depan. Kadar baharu yang diumumkan itu menyaksikan harga diesel di Semenanjung menurun kepada RM5.97 seliter berbanding RM6.72 seliter minggu sebelumnya. Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan memaklumkan, harga bagi RON95 tidak bersubsidi dan RON97 turut menyusut sebanyak 25 sen […]
Tahukah anda empat karya seni bernilai tinggi berjaya dibawa pulang ke Malaysia sebagai sebahagian usaha pemulihan aset berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan memaklumkan, karya berkenaan kini ditempatkan dengan selamat di ibu pejabatnya di Putrajaya. Karya seni itu merupakan sebahagian daripada aset yang berjaya dipulihkan menerusi pendekatan […]










