Category Archives: TAHUKAH ANDA

Malaysia kecam rancangan Israel ambil alih Gaza sepenuhnya

Malaysia mengecam sekeras-kerasnya keputusan terbaharu rejim Zionis Israel untuk melancarkan pengambilalihan sepenuhnya Gaza secara ketenteraan, sambil menyeru semua negara menolak secara mutlak dasar aparteid Israel. Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, rancangan tidak berhati perut itu menunjukkan niat jelas rejim Zionis untuk terus menduduki wilayah Palestin secara kekal, yang bukan sahaja melanggar undang-undang antarabangsa, malah […]

Portal Jodoh Darul Iman peluang bujang, duda, janda dapat pasangan

Berita baik untuk individu bujang, duda dan janda beragama Islam di Terengganu yang berhasrat untuk mencari jodoh boleh memanfaatkan Portal Jodoh Darul Iman (PJDI) yang dilancarkan hari ini. Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani isu kelewatan perkahwinan dalam kalangan muda-mudi serta membentuk institusi kekeluargaan yang kukuh […]

SPR mula kajian persempadanan baharu di Sarawak dalam masa terdekat

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri di Sarawak buat kali ketujuh, dalam tempoh terdekat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata urusan itu akan membabitkan penelitian semula dan pertimbangan sempadan Bahagian Pilihan Raya Persekutuan meliputi kawasan Parlimen […]

Sejarah Asia perlu dihargai lebih mendalam – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar sejarah Asia dihargai dengan lebih mendalam dan tidak hanya berpaksikan naratif penjajah, sambil menjadikan Tipu Sultan dari Mysore, seorang pemerintah India yang menentang Syarikat Hindia Timur British, sebagai contoh keberanian, keilmuan, dan toleransi. Menurutnya, sumbangan Tipu Sultan dan bapanya, Haider Ali, sebagai pembela menentang peluasan kuasa penjajahan […]

Majlis Konsultansi Belanjawan 2026 Khamis ini

Majlis Konsultansi Belanjawan 2026 dijadual diadakan pada Khamis ini bertujuan mengumpulkan maklum balas pihak industri bagi merangka Belanjawan 2026 yang dijangka dibentangkan pada Oktober nanti. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sesi libat urus pertama itu menjadi sebahagian usaha Kerajaan MADANI dalam memastikan Belanjawan 2026 selari dengan keperluan dan aspirasi rakyat. “Mengambil kira inisiatif sedang […]

Pertemuan PM dan Mariana Mazzucato, kongsi pandangan hala tuju negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan bersama pakar ekonomi inovasi dan Pengarah Pengasas Institute for Innovation & Public Purpose (UCL), Profesor Dr. Mariana Mazzucato. Datuk Seri Anwar dalam hantaran di Facebooknya menjelaskan pertemuan tersebut membincangkan tentang kepentingan strategi berorientasikan misi yang menggalakkan kerjasama awam-swasta bagi memacu pelaburan hijau, inovasi teknologi dan […]

Zayn Rayyan tidak diabaikan kata doktor pakar psikologi kanak-kanak

Ingat lagi kisah kanak-kanak malang Zayn Rayyan Abdul Matin yang hilang dan kemudian ditemui meninggal dunia tidak lama dulu. Ibunya dituduh mengabaikan beliau, namun dalam perbicaraan di mahkamah, doktor mengatakan sebaliknya. Doktor pakar psikologi kanak-kanak pada Isnin memberitahu Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bahawa kanak-kanak autistik Zayn Rayyan tidak diabaikan atau didera berdasarkan tiga laporan perubatan […]

Pembukaan Hospital Pasir Gudang ditunda ke tahun depan

Hospital Pasir Gudang (HPG) yang sepatutnya dijadualkan mula beroperasi secara berperingkat sejak 1 Ogos lalu, terpaksa ditangguhkan pada tahun depan berikutan beberapa isu teknikal. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata, antara isu utama adalah kekurangan petugas kesihatan termasuk doktor dan jururawat. Menurutnya, kerajaan negeri dan Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju untuk […]

Projek Tenaga Nuklear mungkin dilaksana di Semenanjung dan Sabah

Kerajaan sedang meneliti kemungkinan melaksanakan projek tenaga nuklear di Semenanjung Malaysia dan Sabah berikutan keperluan tenaga tetap yang tinggi di kedua-dua wilayah itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, berkata faktor kesesuaian lokasi berhampiran sumber air seperti sungai, laut atau tasik besar menjadi antara […]

“Kita semua rakyat Palestin!” – Demo di Jambatan Sydney gemparkan dunia

Puluhan ribu penunjuk perasaan meredah hujan lebat untuk berarak melintasi Jambatan Pelabuhan Sydney yang ikonik pada Ahad bagi menggesa keamanan dan penyaluran bantuan ke Semenanjung Gaza, di mana krisis kemanusiaan kian meruncing. Hampir dua tahun konflik ini berlanjutan, pihak berkuasa Palestin memaklumkan lebih 60,000 nyawa telah terkorban di Gaza. Pelbagai agensi dan organisasi kemanusiaan turut […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.