Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan segera bagi memastikan perkhidmatan komunikasi di sekitar Putra Heights, Subang Jaya dan dua pusat pemindahan sementara (PPS) kekal stabil susulan insiden kebakaran saluran paip gas pada 1 April lepas. MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan sembilan struktur telekomunikasi di kawasan berkenaan melibatkan satu milik CelcomDigi, dua (Maxis) […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Ketika ada negara yang melawan ‘pemerasan’ Amerika Syarikat (AS) melalui tarif timbal balik yang diumumkan oleh Presiden Donald Trump dengan mengenakan tarif juga kepada barangan Amerika… Malaysia ambil pendekatan rasional dan diplomasi dengan memilih jalan rundingan. Keputusan penting ini diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi Selasa ketika berucap merasmikan Persidangan Pelaburan ASEAN di […]
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuka empat kertas siasatan terhadap dua individu yang didapati memuat naik kandungan palsu dan jelik melampau berunsur 3R (perkauman, agama dan institusi diraja) di platform Facebook dan TikTok. MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan sesi rakaman percakapan terhadap kedua-dua individu tersebut telah dijalankan hari ini di Ibu Pejabat MCMC […]
Teka teki siapa yang akan jadi ayam tambatan Barisan Nasional sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sudah terjawab. Dr Yusri Bakir yakni Setiausaha UMNO Bahagian Tapah yang berusia 54 tahun ialah orangnya. Nama beliau diumumkan oleh Pengerusi BN Perak Datuk Saarani Mohamad pada majlis di Tapah, Perak Isnin. Yusri […]
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi mengumpul maklum balas daripada semua pihak berkepentingan susulan pengumuman tarif baharu oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Rabu lalu. Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pasukan tersebut akan menjalankan kajian impak terhadap sektor-sektor eksport utama negara ke AS […]
Anggaran kerugian akibat insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights, Subang Selasa lalu mampu mencecah lebih RM1 bilion, sekali gus mencetuskan persoalan besar siapa yang akan menanggung pampasan kepada lebih 250 pemilik kediaman yang terjejas. Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak), Profesor Emeritus Barjoyai Bardai berkata, jumlah itu merangkumi […]
Perbincangan khas Muzakarah Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan (MKI) akan diadakan dalam kadar segera bagi meneliti fatwa dikeluarkan Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia berkaitan isu pencerobohan Israel di Gaza, Palestin. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam kenyataan Ahad memaklumkan perbincangan itu akan dianjurkan Jabatan […]
Sebanyak 219 rumah didapati terjejas dalam insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya manakala 220 kediaman disahkan selamat dan tidak terkesan. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia hasil penilaian akhir fizikal oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, syarikat utiliti dan pihak berkuasa tempatan terhadap 439 rumah dalam radius […]
Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Selangor yang dijadualkan berlangsung di Bangi ESOK dibatalkan selepas mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor serta persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shaari dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat sebagai tanda penghormatan kepada mangsa dan keluarga yang terlibat […]
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menjelaskan dua daripada tiga kertas siasatan kes peniaga belon dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC). Kertas siasatan yang diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR), adalah di bawah Seksyen […]









