Category Archives: TAHUKAH ANDA

Anwar kenang tubuh Yayasan Karyawan 30 tahun lalu untuk promosi Karya Agung Melayu

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan seperjuangannya yang cintakan pelbagai variasi karya agung merupakan pengasas kepada Yayasan Karyawan pada tahun 1996 ketika beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri. Menurut Anwar, Penubuhan Yayasan Karyawan bertujuan untuk mengkaji dan menerbitkan Karya Agung Melayu, Karya Agung Dunia Melayu dan Karya Agung Dunia di dalam bahasa Melayu. Ujar […]

Keputusan rayuan Peguam Negara kes Titah Adendum diketahui 28 April

Mahkamah Persekutuan pada Isnin menetapkan 28 April untuk menyampaikan keputusan berhubung permohonan Peguam Negara bagi mendapatkan kebenaran merayu berhubung kewujudan dokumen tambahan dalam kes melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Panel tiga hakim dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan oleh Peguam Negara […]

Kerajaan MADANI biayai ‘bonus raya’ penjawat awam Terengganu

Kerajaan MADANI bersetuju membiayai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM500 kepada lebih 14,000 penjawat awam Kerajaan Negeri Terengganu. Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan langkah itu, susulan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ke Terengganu pada 21 Mac. Menurut kenyataan itu, BKKA itu akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidilfitri bagi […]

KEMASKINI: Titah Adendum… Mahkamah Persekutuan tolak bantahan Najib

Mahkamah Persekutuan menolak bantahan awal Datuk Seri Najib Razak terhadap permohonan Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan bekas Perdana Menteri itu memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung Titah Adendum ke Mahkamah Tinggi. Pada 6 Januari lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan […]

Bazar Raya NADI bantu lebih 5,000 usahawan seluruh negara

Bazar Raya Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang diadakan serentak di 1,077 NADI seluruh negara hari ini mampu membantu usaha kerajaan untuk memperkasakan aspek keusahawanan dalam kalangan komuniti setempat. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata inisiatif di bawah Program Perkhidmatan Pintar NADI anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) itu membabitkan penyertaan lebih 5,000 usahawan. “Program […]

Terima kasih Datuk Seri Hajiji… – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi bahawa hanya dengan kestabilan politik sahaja kerajaan dapat memfokus kepada pelaksanaan pelbagai program untuk membangunkan Sabah dan negara khususnya dalam usaha membantu rakyat. Beliau berkata justeru itu, kestabilan politik di Sabah dan seluruh negara perlu dikekalkan agar setiap pemimpin dapat memberi tumpuan dalam merealisasikan hasrat rakyat. “Terima kasih […]

Rogol penjawat awam dibulan puasa… buruh dipenjara 33 tahun, 20 sebatan

Ambik ubat… lelaki yang mengaku bersalah kerana merogol seorang penjawat awam dua kali di bulan Ramadan selain menceroboh rumah mangsa, dijatuhkan hukuman penjara 33 tahun dan 20 sebatan. Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Hassan Ahmad untuk menjalani hukuman penjara 20 tahun dan 10 tahun yang […]

Statistik Jawatankuasa Kabinet: Satu kematian setiap dua jam akibat kemalangan

Satu kematian berlaku pada setiap dua jam akibat kemalangan jalan raya di negara ini, dengan nahas jalan raya berlaku pada kira-kira setiap 50 saat. Angka yang menyedihkan ini dilaporkan ketika menghampiri musim cuti Hari Raya, apabila berjuta-juta warga di kota akan pulang ke kampung halaman. Sepanjang 2024, Malaysia mencatatkan purata 1,729 kemalangan jalan raya setiap […]

Sekolah bertingkat akan diperkenalkan tangani masalah kepadatan – PM Anwar

Inisiatif sekolah bertingkat dengan kerjasama sektor korporat akan diperkenal bagi membantu menangani masalah kepadatan sekolah di kawasan bandar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata inisiatif ini bukan sahaja dapat mengoptimumkan penggunaan sumber dan infrastruktur pendidikan tetapi juga memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif untuk murid serta guru. “Inisiatif seperti sekolah angkat […]

Pengumuman diskaun tol sempena Aidilfitri… Menteri kata “Sabar…”

Diskaun tol 50 peratus sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut umat Islam tidak lama lagi, dijangka diumumkan dalam masa terdekat. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, bagaimanapun beliau tidak mendedahkan secara terperinci berkenaan pengumuman tersebut. “Memang kita akan ada, sebab kita dah buat untuk Tahun Baharu Cina. Takkan […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.