Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Diskaun tol 50 peratus Aidilfitri :Dari 12.01 tengah malam 28 Mac dan berakhir 11.59 malam 29 Mac - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Diskaun tol 50 peratus Aidilfitri :Dari 12.01 tengah malam 28 Mac dan berakhir 11.59 malam 29 Mac

Diskaun tol 50 peratus Aidilfitri :Dari 12.01 tengah malam 28 Mac dan berakhir 11.59 malam 29 Mac

Kerajaan bersetuju memberikan potongan tol 50 peratus selama dua hari untuk Hari Raya Aidilfitri ini bermula 12.01 tengah malam 28 Mac (Jumaat), dan berakhir pada 11.59 malam 29 Mac (Sabtu).

Potongan tol 50 peratus itu khusus bagi kenderaan persendirian (Kelas 1) di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang umum demikian kata pemberian diskaun tol itu adalah kesinambungan kepada bantuan tol musim perayaan yang diberikan Kerajaan MADANI bagi keempat-empat musim perayaan utama di Semenanjung sejak tahun 2023.

“Kita beri dua hari (diskaun) supaya pengguna tidak tergesa-gesa dan boleh merancang sebaiknya perjalanan mereka,” katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan kerja di sebuah syarikat konsesi penyelenggaraan Jalan Persekutuan di Ayer Keroh, Melaka Rabu.

Beliau memberitahu implikasi kewangan yang ditanggung kerajaan bagi membayar balik pampasan kepada syarikat konsesi tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM19.69 juta.- 26/3/2026

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *