Category Archives: TAHUKAH ANDA

MOT tekad perangi isu kenderaan berat lebih muatan

Kementerian Pengangkutan (MOT) akan memfokuskan usaha menangani isu kenderaan berat dengan muatan berlebihan khususnya menerusi aspek perundangan tahun ini, kata menterinya Anthony Loke. Beliau berkata pihaknya meneliti keperluan pindaan dan penambahbaikan terhadap undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 […]

Jangan pinggir mana-mana negeri dalam kempen Melawat Malaysia 2026 – PM

Semua kementerian memberi tumpuan meningkatkan keupayaan dalam bidang pelancongan, pelaburan dan ekonomi tanpa meminggirkan mana-mana negeri menerusi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata unjuran pendapatan sebanyak RM147.1 bilion yang bakal dijana termasuk sasaran kehadiran 35.6 juta pelancong menerusi TMM2026 mampu dicapai dengan pembabitan semua pihak. “TMM2026 adalah satu […]

Kehadiran Nik Abduh curi tumpuan di Istana Kehakiman

 Antara wajah yang mencuri tumpuan awal pagi ini di Istana Kehakiman Putrajaya adalah anak kepada bekas Muryidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, iaitu Nik Abduh. Beliau dilihat di luar Istana Kehakiman pada perhimpunan solidariti yang dirancang untuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Menurut bekas Ahli Parlimen Bachok itu […]

Duta Palestin kesal kekecohan dicetuskan pelarian di Wisma Transit

Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali, melahirkan rasa kesal yang mendalam terhadap kekecohan yang berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) petang semalam, sambil menegaskan tindakan sedemikian tidak mencerminkan budaya dan etika rakyat Palestin. Beliau memberi jaminan bahawa Kerajaan Malaysia dan kedutaan Palestin komited sepenuhnya dalam menangani isu itu serta menawarkan sokongan kepada mereka […]

Apa itu virus hMPV, simptom, cara merebak dan mencegahnya…?

Ramai yang terkejut apabila Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 327 sampel positif virus ‘human metapneumovirus’ (hMPV) di Malaysia sepanjang 2024, meningkat berbanding 225 pada 2023. Ingat, virus yang membuat hospital di China penuh adalah virus baru… rupanya tidak. Menurut KKM, hMPV adalah jangkitan pernafasan yang disebabkan oleh virus dalam keluarga Pneumoviridae. “Ia bukan penyakit baharu dan […]

Lantik Thaksin perkukuh kerjasama serantau

Ahli akademik Thailand melihat langkah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 membuka peluang strategik untuk memperkukuh kerjasama serantau. Thaksin merupakan bekas Perdana Menteri Thailand yang paling popular di kalangan rakyat tetapi tidak disukai elit politik negara gajah putih itu. Penolong Profesor Dr Yasmin […]

Projek pembangunan mendesak perlu dipercepatkan… – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap pembangunan mendesak seperti projek tebatan banjir dan pembasmian kemiskinan tegar untuk disegerakan dan dipercepatkan. Perdana Menteri berkata, projek terlibat perlu disegerakan meskipun mengambil masa dan unjuran yang lama. “Ada hal-hal yang perlu dipercepatkan dan diperbaiki. Beberapa hal yang harus disegerakan kadang-kadang ia mengambil masa dan unjuran. “Kalau […]

Ekonomi Malaysia diramal tumbuh sederhana pada 2025

Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan sederhana sekitar 4.9 peratus pada 2025, dengan mengambil kira kesan dasar domestik dan cabaran luar, kata Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik (KSI). Kumpulan pemikir bebas itu berkata ekonomi global berdepan ketidaktentuan susulan kemungkinan perubahan dasar di bawah pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang dilantik kali kedua. KSI […]

Label Madani Jahiliah keterlaluan – Mohd Na’im

Umat Islam perlu berwaspada dengan usaha mana-mana pihak yang sengaja menimbulkan polemik pemikiran keagamaan bagi meraih kepentingan tertentu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pihaknya kesal dengan sikap sesetengah pemimpin politik yang sengaja mencetuskan polemik terhadap konsep dan pendekatan Madani yang menjadi gagasan negara hari ini. Jelasnya, tindakan […]

Polis Indonesia pecat pegawai kanan terlibat peras rakyat Malaysia

Seorang pegawai kanan polis Indonesia dipecat bagi menunjukkan betapa seriusnya Jakarta menangani isu pemerasan terhadap puluhan akyat Malaysia baru-baru ini. Pengarah Narkotik Polis Daerah Metro Jaya, Donald Parlaungaan Simanjuntak dipecat ‘secara tidak dengan hormat’ daripada jabatan pihak berkuasa itu, lapor media tempatan. Pemecatan itu dilakukan berdasarkan penemuan pelanggaran kod etika dan profesion Polis Republik Indonesia […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.