Category Archives: SUARA PEMBACA

MCMC peroleh penghakiman ingkar terhadap pentadbir Telegram Edisi Siasat, Edisi Khas

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini memperoleh penghakiman ingkar terhadap pentadbir dua saluran Telegram, “Edisi Siasat” dan “Edisi Khas”, dalam kes saman berhubung penerbitan dan penyebaran 33 artikel berunsur fitnah dan memudaratkan. Peguam Wong Guo Jin yang mewakili MCMC berkata Hakim Mahkamah Tinggi Mahazan Mat Taib membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan MCMC […]

Garis panduan kubur bertingkat dirangka untuk Wilayah Persekutuan

Pelaksanaan konsep kubur bertingkat di Wilayah Persekutuan sedang dirangka menerusi garis panduan berasaskan kajian Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama Universiti Sains Malaysia (USM). Usaha berkenaan merupakan alternatif baharu untuk mengatasi kekangan tanah perkuburan sedia ada. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menjelaskan, kajian turut merangkumi penilaian model […]

Isu 40 peratus hasil Sabah bukti keberanian politik Kerajaan MADANI

Keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pemberian khas 40 peratus hasil Sabah seperti termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan adalah tepat. Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, berkata keputusan itu membuktikan keberanian dan komitmen Kerajaan MADANI dalam menghormati semangat serta roh Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). “Keputusan ini menandakan […]

Kementerian Komunikasi kagum momentum Majlis Media Malaysia

Penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) mencerminkan pencapaian reformasi industri media negara dalam memperkukuh kredibiliti industri media, etika kewartawanan dan memelihara profesionalisme serta kebajikan pengamal media. Kementerian Komunikasi (KK) dalam satu kenyataan tadi, yakin kepelbagaian kepakaran dan pengalaman dimiliki barisan Ahli Lembaga MMM mewakili syarikat media, wartawan dan persatuan serta orang awam dan pertubuhan bukan kerajaan […]

MotoGP Malaysia 2024 jana pulangan ekonomi RM694 juta

Penganjuran MotoGP Malaysia 2024 mencatat impak ekonomi yang signifikan apabila menjana pulangan dianggarkan mencecah RM694 juta kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sekali gus membuktikan potensi besar sektor sukan permotoran dalam menyumbang kepada ekonomi negara. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata berdasarkan unjuran tersebut, kerajaan memperoleh pulangan atas pelaburan (ROI) sekitar 6.3 […]

Pengurusan tertinggi, kakitangan GLIC wajib isytihar harta

Pengurusan tertinggi serta semua kakitangan dalam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang mempunyai kepentingan langsung Kerajaan Persekutuan diwajibkan melaksana pengisytiharan harta. Ini termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)(KWAP) dan Lembaga Tabung Haji. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata pelaksanaan tersebut dibuat mengikut peraturan dan […]

Babah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia

Filem “Babah” dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, malam tadi. Kejayaan itu melayakkan filem berkenaan menerima insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta dan trofi. Kemenangan itu sekali gus menundukkan empat lagi finalis dalam kategori sama iaitu Soloz: Game of Live, […]

MCMC peroleh injuksi sekat kandungan memudaratkan di Telegram Edisi Siasat dan Edisi Khas

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memperoleh Injunksi Erinford daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghalang penyiaran kandungan memudaratkan di platform Telegram termasuk saluran “Edisi Siasat” dan “Edisi Khas.” Permohonan injunksi itu difailkan berhubung tindakan sivil terhadap platform Telegram sementara menunggu pendengaran rayuan interlokutori MCMC di Mahkamah Rayuan. MCMC memaklumkan, keputusan itu merupakan langkah […]

Kempen internet selamat sasar 10,000 sekolah menjelang suku ketiga 2026 – Fahmi

RAUB – Kempen Internet Selamat (KIS) dijangka selesai dilaksanakan di 10,000 sekolah di seluruh negara menjelang suku ketiga tahun depan. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setakat pertengahan Oktober tahun ini, kempen berkenaan telah dilaksanakan di 6,000 sekolah di seluruh negara. “Di Pahang, kita telah melaksanakan kempen ini di hampir 400 sekolah, namun sasaran keseluruhan […]

Kutipan filem ‘pecah panggung’ RM164 Juta – Malaysia sedia jadi Hab Kreatif ASEAN

Industri perfileman tempatan merekodkan sebanyak 59 filem di bawah Skim Wajib Tayang, dengan 13 daripadanya mencapai kutipan pecah panggung berjumlah RM164.02 juta setakat 26 Okt, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching. Beliau berkata pada 2024, Malaysia menghasilkan 58 filem dengan 13 filem mencapai status pecah panggung yang mencatatkan kutipan keseluruhan sebanyak RM117.19 juta, manakala […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.