
Kempen Internet Selamat capai sasaran awal – Fahmi
Kempen Internet Selamat berjaya melepasi sasaran awal tahun ini dengan mencapai penyertaan 8,158 sekolah dan institusi pendidikan di seluruh negara, setakat ini.
Pencapaian itu melepasi sasaran tahunan 8,000 sekolah dan institusi pendidikan sekali gus ke arah mencapai matlamat 10,000 sekolah menjelang suku ketiga 2026.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yakin pelaksanaannya memperluas pemahaman masyarakat mengenai isu keselamatan dalam talian termasuk penipuan serta buli siber, perlindungan data peribadi juga amalan penggunaan internet secara beretika.
“Program ini sedia diperluas dengan memperkukuh program Kempen Internet Selamat. Pada suku pertama 2026, kami mengharapkan kesemua lebih 10,000 sekolah di seluruh negara.
“Setakat 20 November lepas, penyertaan kempen merangkumi 6,211 Sekolah Kebangsaan, 1,947 Sekolah Menengah Kebangsaan, 26 kolej, 31 institusi pengajian tinggi awam, 4 Institut Pendidikan Guru serta 429 penyertaan umum melibatkan komuniti dan agensi berkaitan,”katanya.
Beliau turut memaklumkan usaha meningkatkan literasi keselamatan digital tidak terhad kepada sekolah semata-mata, sebaliknya melibatkan seluruh komuniti masyarakat.
Fahmi terdahulu merasmikan Majlis Penutupan Seminar Kesedaran Penipuan Siber untuk Komuniti India Lembah Pantai Tahun 2025.-24/11/2025



